Tuesday 3 November 2015

SUKANEKA TABIKA KEMAS ZON PANGKOR


29hb/10/2015. Tabika KEMAS Pekan Pangkor mengadakan sukaneka tabika pada waktu petang selepas waktu kelas tamat. 


Kanak-Kanak yang telibat berumur 5-6 tahun iaitu seramai 45 orang. Aktiviti ini diadakan di dewan terbuka Sek Ren Keb Pangkor pada pukul 2.00 ptg hingga 5.00 ptg dan diiringi oleh 2 orang guru. 

Aktiviti ini diadakan bertujuan untuk melihat perkembangan kanak-kanak tabika dalam aktiviti yang di lakukan di dalam melakukan sukaneka ini. 

Sebanyak 6 acara yang di adakan. Antara acara-acara yang dilakukan  ialah mengheret bola dengan gelung rotan, isi air dalam botol, membawa bola pingpong dlm sudu,  lumba lari 100m, membawa pundi kacang di atas kepala dan lari dalam guni. 

Selain sukaneka kepada kanak-kanak, pihak tabika juga mewujudkan 2 acara sukaneka kepada ibu dan bapa serta ajk tabika. Acara itu ialah boling kelapa dengan sambutlah sayang. 

Aktiviti-aktiviti ini merangkumi semua aspek 5 perkembangan kanak-kanak dan dapat mewujudkan keakraban silaturahim antara guru, AJK,  ibu bapa dan masayarakat.


No comments:

Post a Comment