Tuesday 25 November 2014

TERSERLAH KEGEMILANGAN DI HARI KONVOKESYEN KEMAS PARLIMEN LUMUT

LUMUT 21/11/2014 - EMV HALL SERI MANJUNG
Majlis Konvokesyen Kanak2 TABIKA KEMAS PARLIMEN LUMUT telah berlangsung dengan gilang gemilang dan kemeriahan jelas terpancar diwajah anak2 cilik yang telah mengakhirkan zaman persekolahan dialam TABIKA.


Sebelum melangkah kealam persekolahan sebenar didarjah satu, mereka telah di ikhtirafkan sebagai graduasi kecil dengan dipakaikan jubah seolah2 mereka berada didalam majlis graduasi dewasa kelak.


Penghargaan ini diberikan kepada kanak2 ini dalam majlis Konvokesyen bagi menyemarakkan lagi semangat kepada mereka.


Kehadiran ibubapa yang menggalakkan dalam majlis ini telah memberi satu impirasi kepada pihak KEMAS Parlimen Lumut untuk terus memberi yang terbaik kepada anak2 didik ini.
Majlis ini juga telah berjaya menarik minat kepada ibubapa, Penghulu2 Mukim, Ketua2 Kampung, Pengerusi2 Tabika dan ahli politik 4 sayap yang turut hadir beramai2 dalam majlis ini.


Perasmian telah disempurnakan oleh YB Dato' Rashidi bin Ibrahim ADUN PASIR PANJANG.
Turut hadir wakil Pengarah KEMAS Negeri Perak En Mohd Ali Hanafiah bin Abu Hassan Timbalan KEMAS Negeri Perak.




Pihak KEMAS PARLIMEN LUMUT mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dan sekalung budi semoga berjumpa lagi ditahun hadapan.

Sunday 23 November 2014

PROGRAM KOMUNITI SIHAT PERKASA NEGARA(KOSPEN) KG PUNDUT/LUMUT

LUMUT 22/11/2014 - Program KOSPEN telah dapat dilaksanakan dengan jaya nya. Program ini dengan kerjasama KEMAS LUMUT dan KESIHATAN SITIAWAN telah dapat merapatkan silatulrahim antara agensi kerajaan dan masyarakat kampung.

Dengan usahasama JKKK Kg Pundut ini, pemeriksaan kesihatan telah dapat dijalan kan oleh Sukarelawan yang telah dilantik dan dilatih sebelum program berlangsung.

Seawal 7.30pg kelihatan penduduk kampung telah mula keluar bagi memeriahkan lagi program.

Tepat pada pukul 8.00 pg senamrobik pun bermula yang dikendalikan oleh pihak kesihatan. Setelah itu, jalan 10.000 langkah dijalan kan melibatkan kawasan dalam perkampungan tersebut.

Pada pukul 10.00pg ceramah kesihatan pula mengambil bahagian yang bertajuk Pemakanan Seimbang dan sihat untuk keluarga. Penduduk kampung ini telah berpeluang mengenali jenis pemakanan sihat untuk keluarga bagi menjadikan keluarga bahagia tanpa penyakit.

Disamping itu saringan kesihatan juga dijalankan bagi mempastikan kesihatan mereka dapat dikawal dari awal dan saringan ini akan berterusan dari masa kesemasa.

Selain itu pertandingan masakan makanan seimbang juga diadakan. Bagi memeriahkan lagi program ini, sukaneka yang melibatkan semua lapisan masyarakat dijalankan.

Program berakhir pada pukul 12.30 tgh dan perasmian penutup telah disempurnakan oleh Penghulu Mukim Lumut.

Tuesday 18 November 2014

LAWATAN KANAK-KANAK TABIKA KEMAS MANJUNG POINT IPD DAN PADANG TEMBAK

Pada 28/10/2014 Lawatan Pendidikan Tabika KEMAS zon Samudera ke Taiping dan Ipoh.
Terdiri dari TBK Mjg Point kelas 1,2,3,5,Teratai 2/IPD dan Pdg Tembak.Semua kanak-kanak Tabika berkumpul dikelas masing-masing pada jam 7.00 pagi.


Seramai 140 orang kanak-kanak,14 orang PM/PPMS dan AJk 38 orang dgn menaiki 5 buah bas persiaran Yellow Trading.7.30 pagi bas bergerak ke Taiping dan tiba ke distinasi pertama siri lawatan ke muzium perak jam 9.15pagi disambut oleh pengurusan muzium.


Semua kanak-kanak diringi PM/PPMS dan AJK mengikut kelas.Kanak-kanak masuk percuma dan dewasa dikenakan bayaran rm 2.00 seorang.selama 1 jam berada dimuzium.


Kanak-kanak berasa gembira dan teruja dpt melihat khazanah habitat haiwan /kehidupan manusia dimasa lalu.10.20 pagi bas bergerak ke zoo dan memasukinya pada jam 10.45 pg dgn bayaran setiap kanak-kanak rm 6.00 dan dewasa rm 11.00 setelah diskaun 30%.


Semua kanak-kanak menaiki keretapi mengikut kelas.sepanjang perjalanan pemandu keretapi memberi penerangan setiap habitat kehidupan haiwan sambil menjelas haiwan liar/jinak dalam negara dan luar negara selama 2 jam berada dizoo..


semua kanak -kanak sangat gembira.12.30  tengahari keluar dari zoo utk makan tengahari dipinggiran taman tasek.menu nasi putih, ayam masak masam manis,sayur kobis, buah tembikai dan air meneral.Jam 1.30 singgah dimasjid daerah Taiping untuk solat zohor.


Jam 2.00 petang bas bergerak ke Ipoh melalui Lebuhraya cangkat Jering...kanak-kanak dapat menikmati keindahan alam semula jadi sepanjang perjalanan dan selamat sampai diLapangan Terbang Sultan Azlan Shah Ipoh pada jam 3.50 petang disambut oleh pihak pengurusan AirPort.


Terlebih dahulu kunjungan kami diberi taklimat mengenai pesawat -pesawat yang mendarat /berlepas dari Air port Ipoh.kemudian dibawa masuk bilik vvip dan seterusnya menunggu ketibaan pesawat pada jam 4.20 ptg semua kanak -kanak dpt melihat melalui jendela bilik vvip.



secara tidak langsung sepanjang lawatan ini kanak -kanak berasa sangat gembira,ceria da n teruja.



Jam 6.00 petang kami semua menaiki bas untuk pulang...semasa dalam bas kanak-kanak disajikan roti coklat berkrim dan air kotak.selamat sampai diTabika pada jam 7.15 malam.

AKTIVITI KELAS BINA INSAN & PKK KEMAS LUMUT