Tuesday 29 December 2015

TAKLIMAT PENDAFTARAN TABIKA KEMAS TLDM

Pada 29.12.15 TABIKA KEMAS TLDM mengadakan taklimat pendaftaran bersama ibubapa kanak2.

Taklimat bermula pada jam 9pg dan berakhir jam 10pg.

Seramai 180 orang ibubapa yang menghadiri taklimat tersebut.
Kami menerangkan segala keperluan di TABIKA, peraturan dan juga sukatan pembelajaran yang kami gunakan untuk mengajar kanak2 di TABIKA.

Selesai sahaja sesi taklimat ibu bapa beredar dan pergi ke kelas untuk sesi pembayaran yuran anak2 mereka..

Monday 28 December 2015

MAJLIS BACAAN YASSIN DAN SAMBUTAN HARI LAHIR

Pada 28/12/2015 jam 3.00 petang bertempat di Kg Pasir Pandak Lekir, telah berlangsung majlis Bacaan Yassin dan Doa Selamat sempena Sambutan Hari Lahir peserta PKK dan Bina Insan.

Majlis dihadiri peserta peserta kelas seramai 20 orang. Turut hadir meraikan Ketua Wanita Cawangan Pasir Pandak Puan Noor Aishah binti Omar.

Sunday 27 December 2015

SAMBUTAN MAULIDUL RASUL DAN PERASMIAN SURAU AL FALAH TAMAN KERIS

Program Sambutan Maulidul Rasul & Perasmian Surau Al-Falah Taman Keris, Batu 6 Lekir telah diadakan pada 24 Disember 2015 pukul 8.00 pagi yang dirasmikan oleh YB Dato' Rashidi Bin Ibrahim ( ADUN Pasir Panjang)

Program dimulakan dengan perarakan Maulidur Rasul. Penduduk Taman Keris bersama kanak2 TABUKA KEMAS berkumpul di hadapan deretan kedai di hadapan Taman Keris dam berarak ke Surau Al- Falah.

Ceramah Maulidur Rasul disampaikan oleh Ustaz Khairul Bin Abdul Karim dari SK Seri Pangkor.

Turut hadir wakil dari KEMAS Parlimen Lumut Pn Rohani bt Alias Penyelia Pembangunan Desa dan Perhubungan, Pn Sabariah Nadzri Guru Tabika KEMAS Taman Keris dan Pn Habsah Abdullah Guru Tabika KEMAS Taman Cempaka.

Sejarah Surau Al- Falah
- Mula ditubuhkan pada tahun 1991 dengan mengambil alih surau kayu di sebuah kampung di Batu 3, Segari,Perak. Proses memindahkam kayu-kayu tersebut dilakukan pada bulan Ramadhan dengan bantuan pengangkutan daripada Syarikat Dockyard. Surau Al-Falah dibangunkan oleh penduduk setempat.

Setelah siap sepenuhnya, selain menjadi tempat mendirikan solat, di bahagian bawah surau dijadikan Tabika KEMAS dan Kelas Fardhu Ain dalam tempoh lebih dari 21 tahun sehinggalah permohonan untuk mendapatkan sebuah surau yang baru diluluskan oleh Menteri Besar Perak. Surau baru Yang telah siap di bina ini dinamakan Surau Al-Falah.

Monday 21 December 2015

SANTAI BOLING KELUARGA JKKK PUNDUT

18 Disember 2015 bertempat di Ocean Bowl Seri Manjung.

Semua AJK JKKK terlibat bersama pasangan masing-masing. Kg Pundut merupakan kampung dibawah penyeliaan KEMAS Lumut.

Turut hadir En Sabdin bin Idris Penghulu Mukim Lumut merangkap Penasihat JKKK Pundut/Lumut.

Penyampaian hadiah telah disempurnakan di dalam majlis Tautan Mesra sempena jamuan makan malam akhir tahun.

Di Majlis itu juga penyampaian Sijil kepada semua AJK JKKK yang telah disampaikan oleh Penghulu Mukim Lumut.

Tahniah kepada semua pemenang dah kepada semua AJK JKKK kerana telah memberi khidmat yang cemerlang selama berada dalam JKKK Kg Pundut ini.

Friday 18 December 2015

BACAAN YASSIN PROGRAM DASAR NEGARA KEMAS LUMUT

16 Disember 2015 bertempat dirumah peserta kelas telah diadakan program Dasar Negara KEMAS Lumut.

Program telah dirasmikan oleh Dato Azri bin Jaafar pegawai khas kepada Menteri Besar Perak.

Turut hadir En Nor Heazi Aswal bin Hj Norbani Pegawai KEMAS Daerah Manjung dan semua penyelia pelbagai jurusan.

Bacaan Yassin telah diketuai oleh Ustzh Rafidah bt Mohamed Penyelia Bina Insan KEMAS Lumut.

LAWATAN HARI KE 2 KE KAMPUNG KOSPEN

17 Disember 2015 lawatan ke kampung2 KOSPEN diteruskan lagi.

Kali ini kampung terlibat adalah kampung Pundut, Kampung Sitiawan, Kampung Padang Tembak, Kampung Deralik, Kampung, Lumut Kiri Dan Kampung Sg Wangi.

Terima Kasih kepada Kampung2 yang terlibat dan memberi komitmen yang baik.