Thursday 28 March 2013

KURSUS JAHITAN KREATIF KEMAS LUMUT

Oleh: Wartawan  Media KEMAS Lumut

LUMUT – 27 Mac 2013 telah bermulanya “Kursus Jahitan Kreatif” Pendidikan Kesejahteraan Keluarga KEMAS Parlimen Lumut  dan berakhir pada 28 Mac 2013. Kursus ini memberi peluang kepada peserta kelas PKK dan masyarakat tempatan untuk mengikuti kursus Jahitan Kreatif yang boleh dijadikan punca pendapatan masyarakat tempatan disamping memastikan jahitan kreatif dikenali dan diwarisi tidak akan pupus.

En Nor Heazi Aswal Bin Hj Norbani selaku Pegawai KEMAS Daerah Manjung telah berkenan merasmikan majlis penutupan kursus tersebut. Beliau telah menggalakkan kepada semua peserta agar meningkatkan tahap ekonomi dan pendapatan mereka melalui jahitan kreatif ini.

Tegas beliau lagi “Dalam Negara yang aman seperti Malaysia kita rakyat harus bersyukur dengan keamanan yang telah kita kecapi selama ini”. Beliau juga menekankan isu yang berlaku di Lahad Datu. Beliau turut menyeru orang ramai untuk menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia untuk keluar mengundi pada hari mengundi nanti. 

Diakhir program peserta telah menerima sijil penyertaan dan telah mendapat setiap hasil kerja kreatif mereka.







DEKLAMASI SAJAK PUSAT SUMBER KEMAS 2013




Oleh: Wartawan Media KEMAS Lumut

LUMUT – 22 Mac 2013 bertempat di Pusat Sumber KEMAS Parlimen Lumut satu program  Deklamasi Sajak yang bertemakan perjuangan bangsa telah berjalan bermula jam 3.00 petang hingga 5.00 petang.



Puan Jamaliah Bt. Hassan selaku Penyelia Kanan KEMAS  Lumut telah merasmikan program tersebut. Dalam ucapan beliau telah menekankan isu-isu pergolakan Negara yang berlaku pada masa sekarang contohnya isu pencerobohan Lahat Datu, Sabah.


Program tersebut diadakan  bertujuan untuk mengingati para perjuang Negara yang terkorban dan menyanjungi jasa mereka bagi mempertahankan Negara yang tercinta.  Selain itu, peserta yang kebanyakan terdiri daripada golongan Remaja dan belia sentiasa diingati agar menghargai betapa pentingnya sama-sama menjaga keamanan Negara agar tiada pertumpahan darah seperti apa yang berlaku sekarang di Lahat Datu.   

 Aktiviti ini juga bagi menyungkil bakat tersendiri, dalam diri peserta untuk diketengahkan.


Turut menghadiri program Deklamasi Sajak adalah Kanak-kanak TASKA PERMATA yang merupakan  tetamu paling muda yang hadir.  Program ini juga bertujuan memberi pendedahan kepada mereka melihat sendiri dengan lebih dekat cara sajak  disampaikan.



Dari pelbagai sudut sekalipun, kita hendaklah sentiasa saling ingat mengingati supaya lebih bijak menilai yang mana baik atau buruk dan seterusnya memahami dengan jelas “Watasiyyah Tonggak Kesatuan Ummah” yang diperkatakan pada masa sekarang.


Wednesday 27 March 2013

PROGRAM FIESTA BELIA 1 MALAYSIA BERSAMA ASTRO



Oleh: Wartawan Media KEMAS Lumut



LUMUT – Program Karnival Fiesta Belia 1 Malaysia bersama astro mendapat sambutan daripada masyarakat sekitar Daerah Manjung. Program yang berlangsung selama 3 hari 3 mlm membawa pelbagai program dan penglibatan daripada pelbagai agensi kerajaan dan Swasta juga NGO yang menarik minat masyarakat setempat untuk pelbagai peringkat umur. 

                                   
Pada malam pembuka tirai Karnival Fiesta tersebut telah berlangsungnya program Ceramah Agama “Setia ke Hujung Nyawa” itulah tajuk ceramah yang menampilkan penceramah bebas daripada TV9, Tanyalah Ustaz iaitu Ustaz Elias Ismail. 

Ceramah yang belangsung selama 1 jam 30 minit ini telah menarik perhatian ramai. Majlis pembukaan menampilkan persembahan nasyid daripada Sekolah Agama Rakyat Manjung iaitu Kumpulan Najihin Saidatul Najihin. 

                                    
Ceramah ini adalah berkaitan dengan sikap masyarakat Islam yang kurang menitik beratkan agama dan meletakkan agama dibelakang seperti mementingkan sesuatu urusan duniawi daripada menyempurnakan agama, membatalkan niat ke masjid kerana anak menantu pulang kerumah dan sebagainya.

                                     
Isu yang di ceramahkan secara spontan dan berinfomasi amat menarik minat penonton walaupun hari sudah lewat malam.

CERAMAH PERDANA DAN DEMONSTRASI MASAKAN



 Oleh: Wartawan Media KEMAS Lumut

LUMUT- 25 Mac 2013 bermula jam 2.30 petang, bertempat di Dewan Orang Ramai Kampung Padang Tembak, Teluk Muroh, Lumut telah di adakan Program Mesra Rakyat, Ceramah Perdana dan Demonstrasi Masakan anjuran KEMAS Parlimen Lumut. Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Encik Rashidi Bin Ibrahim Setiausaha Sulit Khas Menteri Besar Perak Darul Ridzuan,


Program Mesra Rakyat ini telah dimulakan dengan demonstrasi masakan oleh Puan Norhayati Binti Mohd Ali Pemaju Masyarakat Pusat Masakan KEMAS Parlimen Lumut dengan menu Mee Lakna. Setiap yang hadir telah diberikan resepi menu tersebut. 


  
Dalam program tersebut juga, Pegawai KAGAT Pangkalan TLDM iaitu Mejar Abdul Rahim Bin Awang Teh telah dijemput bagi menyampaikan ceramah yang bertajuk ‘Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah’. Dalam ceramahnya, beliau menerangkan maksud wasatiyyah iaitu kesederhanaan dan keseimbangan amalan dunia dan akhirat. Beliau juga menekankan kefahaman kalimah Allah sebagai hak tunggal Islam. 

Mejar Abdul Rahim turut menerangkan sedikit sebanyak rancangan para paderi di Malaysia yang ingin mengkristiankan orang Melayu dengan mencetak bible dalam Bahasa Melayu. Seandainya hal ini berlaku maka akan ramai orang Melayu yang cetek ilmu agama akan terkeliru dan terpengaruh dengan ajaran yang terdapat di dalam bible tersebut. 

Paderi-paderi ini menggunakan teori SPIDER untuk mempengaruhi orang-orang Melayu secara tanpa sedar. Huraian SPIDER adalah Sport, Politic, Ideology, Drug, Education dan Rock (hiburan). Bagi menangani pemasalahan ini, ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting dalam membentuk keperibadian anak-anak. Masyarakat turut bertanggungjawab dalam membantu remaja-remaja serta anak-anak Melayu agar kukuh pegangan agama dan akidahnya. Sebagai umat Islam, kita mesti seimbangkan hal-hal dunia dan akhirat yang mana ia disebut sebagai fardu kifayah.


Program diteruskan dengan ucapan daripada Pegawai KEMAS Daerah Manjung En Nor Heazi Aswal bin Hj Norbani yang menekankan isu yang berlaku di Lahad Datu, Sabah. Beliau meminta penduduk melaporkan kesangsian terhadap warga asing jika terlihat mereka di mana-mana. Pencegahan awal harus di buat sebelum kejadian yang tidak diingini berlaku. Beliau turut menyeru orang ramai untuk menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia untuk keluar mengundi pada hari mengundi nanti.

  
Seterusnya, Setiausaha Sulit Khas Menteri Besar Perak Darul Ridzuan, Encik Rashidi Bin Ibrahim menyampaikan ucapan ringkasnya. Antara pengisian di dalam ucapannya, beliau menyatakan bahawa apa yang rakyat telah kecapi dan dinikmati selama ini adalah daripada hasil perancangan dan juga perlaksanaan yang mampu diterjemahkan oleh kerajaan yang bertanggungjawab bagi memastikan kehidupan rakyat dalam pembelaan kebajikan yang terjaga dan kesejahteraaan rakyat sentiasa dalam perhatian pemimpin kerajaan kita. Rakyat harus bersyukur dengan keamanan yang telah kita kecapi selama ini. Andai kita yang mengalami situasi seperti di Lahad Datu pasti kita akan lebih berterima kasih pada anggota keselamatan negara serta kerajaan yang telah berusaha memastikan keselamatan rakyat serta phihatin terhadap mereka. 




Turut hadir bersama Pegawai KEMAS Daerah, Encik Nor Heazi Aswal Bin Haji Norbani, Penghulu Mukim Lumut, Encik Hamat Khamis Bin Abu Sahit, Pengerusi JKKK Kampung Padang Tembak, Tuan Haji Salim Bin Ghazali, Tuan Imam Masjid Sultan Idris Shah II Teluk Muroh iaitu Tuan Haji Yusuf Radhi Bin Tahir juga selaku pembaca doa. Penduduk setempat dan orang ramai turut hadir bagi memeriahkan lagi program tersebut.



Sunday 24 March 2013

TITIK SENTUHAN RAKYAT MASYARAKAT INDIA

Oleh: Wartawan Media KEMAS Lumut


LUMUT – 16 Mac 2013 bertempat di Kampung Tersusun 1, Kampung Dato Seri Kamaruddin telah diadakan “Program Titik Sentuhan Rakyat” (PTSR). Program ini bertujuan untuk  memberi pendedahan kepada penduduk setempat agar mereka dapat merasai bahawa mereka tidak dipinggirkan  oleh pemimpin setempat dan masyarakat luar.

 
Program ini telah disertai oleh ketua masyarakat India Kg Dato Seri Kamaruddin En Suppiah A/L Ekarebam dan Jawatank uasa JKKK, Ketua Wanita UMNO dan Ketua Puteri Umno dan ahli jawatankuasa KRT  Kg Dato Seri Kamaruddin.

10 buah rumah masyarakat India yang telah dipilih dan dikunjungi bersama 3 buah konvoi berkereta. Mereka amat gembira dengan kehadiran pihak KEMAS dan mereka menyambut baik  walaupun mereka tidak fasih berbahasa Melayu tetapi masih mahu beramah mesra.
Turut hadir bersama program ini ialah Penyelia Kanan KEMAS Kawasan Lumut Pn Jamaliah Bt Hassan dan Pemaju Masyarakat TBK KEMAS Parlimen Lumut.


           
Amat membanggakan kerana mereka terdiri dari golongan yang kurang berkemampuan tetapi mereka kaya dengan budi bahasa dan menyokong kepimpinan yang ada sekarang.

1 MILLION WOMEN PURPLE WALK

Oleh: Wartawan Media KEMAS Lumut


LUMUT – 17 Mac 2013 bermula jam 7.00 pagi bertempat di Marina Wings Lumut telah berlangsung nya Program 1 Million Women Purple Walk Dan Majlis Pelancaran 1 Malaysia Komuniti Perwani. Dataran Marina Wings telah dibanjiri dengan kehadiran seramai 2,000 orang peserta yang berbilang bangsa. Ini amat membanggakan.




Yang Amat Berhormat Dato' Seri Kong Cho Ha Menteri Pengangkutan Malaysia, Merangkap Ahli Parlimen Lumut telah berkenan merasmikan program tersebut.
Program tersebut bertujuan Menyemarakkan Gaya Hidup Sihat dikalangan Wanita-Wanita Malaysia. Pengisian dalam program tersebut adalah dengan bermulanya berjalan dari Dataran Marina Wings hingga lah ke Dataran hadapan Jeti Lumut kemudian peserta telah mengikuti Senamrobik bersama Ahli Keluarga dan orang ramai. Ini juga bertujuan agar dapat menambah baik kesihatan dan dapat merapatkan hubungan sesama ahli keluarga.
Selain itu harapan yang besar terhadap wanita-wanita seluruh Malaysia supaya Wanita perlu berdiri teguh pada pasukan pertahanan di Sabah. dan berdoa agar mereka sentiasa dalam keadaan selamat dalam usaha mempertahankan keselamatan negara.




Selain itu harapan yang besar terhadap wanita-wanita seluruh Malaysia supaya Wanita perlu berdiri teguh pada pasukan pertahanan di Sabah. dan berdoa agar mereka sentiasa dalam keadaan selamat dalam usaha mempertahankan keselamatan negara.Turut Hadir Yang Berbahagia Tuan Haji Zamari Bin Mohd Ramli Pegawai Daerah Manjung, Yang Berbahagia Dato' Zamri Bin Man Dipertua Majlis Perbandaran Manjung, Yang Berbahagia Laksamana Pertama Abd Aziz Bin Md Sani Panglima Bantuan, Markas Bantuan TLDM, Lumut, Yang Dihormati Toh Muda Orang Kaya-Kaya Panglima Kinta Seri Amar Bangsa Diraja Dato' Abdul Wahab Bin Dato' Seri Azizul Hassan Orang Besar Jajahan Manjung, Ketua-Ketua Jabatan Seluruh Daerah Manjung dan orang ramai dari semua Agensi, NGO dan semua lapisan masyrakat Daerah Manjung 


 Turut Hadir Yang Berbahagia Tuan Haji Zamari Bin Mohd Ramli Pegawai Daerah Manjung, Yang Berbahagia Dato' Zamri Bin Man Dipertua Majlis Perbandaran Manjung, Yang Berbahagia Laksamana Pertama Abd Aziz Bin Md Sani Panglima Bantuan, Markas Bantuan TLDM, Lumut, Yang Dihormati Toh Muda Orang Kaya-Kaya Panglima Kinta Seri Amar Bangsa Diraja Dato' Abdul Wahab Bin Dato' Seri Azizul Hassan Orang Besar Jajahan Manjung, Ketua-Ketua Jabatan Seluruh Daerah Manjung dan orang ramai dari semua Agensi, NGO dan semua lapisan masyrakat Daerah Manjung  

Diharap Program seumpama ini dapat diadakan lagi setiap tahun kerana ianya banyak memberi Impak yang besar kepada semua kaum dan masyarakat setempat.    

PENYAMPAIAN HAMPER MAKANAN KPD KAUM INDIA

Oleh: Wartawan Media KEMAS Lumut
 

LUMUT - Seramai 150 orang pengundi masyarakat india telah menghadiri Program Titik Sentuhan Rakyat (PTSR) yang bertempat di Dewan Samanthan Ladang Sitiawan  Kg Lumut Kiri Parlimen Lumut. 
 

“Dunia telah berubah, kehidupan masyarakat disini sudah mencapai tahap yang boleh dibanggakan”. Itulah yang dinyatakan oleh Dr. Mohd Yusof Bin Al Bakri selaku AJK UMNO Bahagian Lumut merangkap Ketua Cawangan Taman Perpadu. Beliau membandingkan kehidupan lalu pada zaman British yang menetapkan masyarakat melayu menguruskan sawah padi, masyarakat cina menguruskan perniagaan di pekan dan masyarakat india berpenempatan di estet menguruskan ladang kelapa sawit dan getah. Tapi kini Negara kita Malaysia telah ditakbir oleh Barisan Nasional selama 55 tahun segalanya telah berubah.


 Matlamat perjumpaan adalah untuk menanam semangat perpaduan antara kaum agar masyarakat india dapat merasai diri mereka dihargai dan tidak tersisih. 



Turut hadir Dr.Azizah binti Johor Ketua Wanita UMNO Bahagian Lumut Merangkap Penyelaras Dun Pasir Panjang yang menyatakan pengundi harus membuat pilihan yang tepat untuk mengekalkan keamanan yang ada sekarang. Pengundi harus melihat contoh-contoh negeri yang ditakbir oleh parti pembangkang yang hanya pandai menabur janji tetapi tidak ditepati. 

 Pegawai KEMAS Daerah Manjung En Nor Heazi Aswal bin Hj Norbani yang turut hadir menyampai sumbangan kepada masyarakat setempat.