Tuesday 16 April 2013

SEMBANG PETANG SAMBIL BERSANTAI DI PELANTAR NELAYAN



Oleh : Wartawan Media KEMAS Lumut



LUMUT – 14 April 2013 bertempat di Pelantar Nelayan Batu 8 Lekir, berlangsung nya Program Titik Sentuhan Rakyat bersama penduduk gabungan kampung Batu 8 Lekir, Kampung Pasir Pandak, Kampung Sungai Tiram, Kampung Bt 10 dan Kampung Pasir Panjang.
 Program anjuran KEMAS Parlimen Lumut ini dihadiri oleh Pegawai KEMAS Daerah Manjung, En. Nor Heazi Aswal b. Hj. Norbani, Pengarah PDM Batu 8, En Hashim b . Yoep Nordin, Ketua Kampung Pasir Pandak, En. Mohd Nazar b Bidin, dan  Pegawai RELA Daerah Manjung, En. Shadri b. Mat Saleh.

Bagi memberkati majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Pengerusi Masjid Batu 8, Tn. Hj. Arshad b. Omar.
 Majlis yang juga berkonsep kan ‘Sembang Petang’ ini, turut dihadiri oleh penceramah  pada petang itu, iaitu En. Azmi b Ismail, Penyelia Perhubungan Batu Gajah, Perak. Dalam ceramah beliau berkata “ kepada semua pengundi bersedialah dari awal bagi menghadapi hari mengundi dan membuat keputusan seawal sekarang untuk memilih siapa yang bakal diundi. Pastinya kerajaan sekarang yang telah banyak memberi pelbagai sumbangan seperti BR1M dan juga memberi bantuan terhadap nelayan".
Selain itu, majlis turut diserikan dengan kehadiran Yang Berusaha  En. Rashidi b Ibrahim , Setiausaha Sulit Khas YAB Menteri Besar Perak sekitar jam 4.40 petang. Beliau turut berbesar hati menyampaikan sedikit bantuan kepada orang kampung, dan menyampaikan hadiah bagi cabutan bertuah dan penduduk yang berjaya menjawab beberapa soalan yang disediakan.
Ribuan terima kasih kepada para penduduk Batu 8 Lekir yang sudi menjadi tuan rumah bagi program Titik Sentuhan Rakyat ini dan juga para hadirin yang hadir dari luar kawasan setempat yang membuatkan kehadiran yang hanya dijangka seramai 100 orang yang akhirnya mencatat jumlah lebih dari 200 orang.

Hadirin juga nyata mendapat info yang terkini dan mengakui kebenaran kata-kata penceramah, bahawa kerajaan banyak memberi sumbangan kearah kemakmuran hidup mereka pada hari ini, serta melahirkan rasa berterima kasih dan turut menyatakan sokongan padu mereka terhadap Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak dan menyokong segala Transformasi kerajaan Barisan Nasional ke arah mengekalkan keamanan yang mereka nikmati hari ini.

Wednesday 10 April 2013

PROGRAM TITIK SENTUHAN RAKYAT KG TERSUSUN PUNDUT

Oleh: Wartawan Media KEMAS Lumut
LUMUT - 10 April 2013 bertempat di Dewan Orang Ramai Kg Tersusun Pundut telah diadakan Program kunjungan sentuhan kasih daripada pihak KEMAS Parlimen Lumut kepada golongan Warga Emas dan golongan berpendapatan sederhana. Ianya merupakan pemberian hamper kepada seramai 25 buah keluarga masyarakat India.
Kunjungan ini juga turut dihadiri oleh En Nor Heazi Aswal bin Hj Norbani Pegawai KEMAS Daerah Manjung, AJK Wanita UMNO Bahagian Lumut Pn Wahyuni,  Ketua MIC En Shamugam, En Hamat Basir bin Mohd Naib Ketua Cawangan UMNO Lumut, Hj Mohd Zainal Bin Adnan Pemangku ketua Kg Tersusun Pundut dan kakitangan KEMAS Parlimen Lumut.
Dalam kunjungan tersebut pihak KEMAS turut menyalurkan sumbangan berbentuk barangan makanan bagi membantu mengurangkan beban keluarga tersebut.
Program ini telah memberi kesan yang positif kepada masyarakat mengenai persepsi terhadap pihak kerajaan yang ada sekarang dalam membela masyarakat luar bandar khususnya. 
Menyedari dan menyelami perasaan rakyat di akar umbi maka pihak KEMAS  Lumut telah mengambil kesempatan yang ada untuk membantu mereka yang memerlukan.
Mereka melahirkan rasa syukur dan berterima kasih diatas keprihatinan pihak KEMAS Lumut terhadap mereka dan berharap program begini akan dapat diteruskan lagi pada masa akan datang. 

GOLONGAN KURANG BERKEMAMPUAN MENDAPAT PERHATIAN DARI PIHAK KEMAS



Oleh: Wartawan Media KEMAS Lumut
LUMUT- Ahad 7April 2013 bermula jam 2.30 petang, bertempat di Dewan Orang Ramai Kampung Deralik, Sitiawan telah diadakan Program Titik Sentuhan Rakyat (PTSR) anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Parlimen Lumut.


 Turut hadir bersama menjayakan program ini adalah Penyelia 3P Parlimen Lumut( Asparuladly bin Mustapa ), Ketua Kampung Kg Deralik (Tn HjTermizi bin Hj Takie, AJK JKKK Kg Deralik dan penduduk setempat. Kebanyakan penerima adalah Ketua isi rumah yang tiada pendapatan tetap, uzur dan ibu tunggal.

Hamper berupa barangan keperluan harian bagi mengurangkan beban isi rumah penerima tersebut. Rungutan dan sokongan mereka dapat diperolehi apabila didampingi oleh pemimpin tempatan dan agensi. Satu langkah yang positif dan mendapat sambutan masyarakat seiring dengan slogan Rakyat Didahulukan Pancapaian Diutamakan oleh Perdana Menteri Malaysia dan Kerajaan BN masa kini.

                     


Tuesday 9 April 2013

MASYARAKAT INDIA TERUS MENDAPAT PERHATIAN

Oleh: Wartawan Media KEMAS Lumut
LUMUT - 9 April 2013 bertempat di Dewan Orang Ramai Ladang Sungai Wangi telah diadakan Program kunjungan sentuhan kasih daripada pihak KEMAS Parlimen Lumut kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU), Warga Emas dan golongan berpendapatan sederhana. Ianya merupakan pemberian hamper kepada seramai 25 buah keluarga masyarakat India.
Kunjungan ini juga turut dihadiri oleh En Nor Heazi Aswal bin Hj Norbani Pegawai KEMAS Daerah Manjung, AJK Wanita UMNO Bahagian Lumut Pn Wahyuni,  Ketua MIC En R. Simmasalam, Ketua Wanita MIC Muniamah Kannan,  AJK MIC, Tn Hj Tarmizi b. Takie ketua JKKK Kg Deralik dan kakitangan KEMAS Parlimen Lumut.

 Program ini telah memberi kesan yang positif kepada masyarakat mengenai persepsi terhadap pihak kerajaan yang ada sekarang dalam membela masyarakat luar bandar khususnya.

Menyedari dan menyelami perasaan rakyat di akar umbi maka pihak KEMAS  Lumut telah mengambil kesempatan yang ada untuk membantu mereka yang memerlukan.


Mereka melahirkan rasa syukur dan berterima kasih diatas keprihatinan pihak KEMAS Lumut terhadap mereka dan berharap program begini akan dapat diteruskan lagi pada masa akan datang. 

Monday 8 April 2013

KUNJUNGAN SENTUHAN KASIH MASYARAKAT INDIA



Oleh: Wartawan Media KEMAS Lumut
LUMUT - Seramai 20 buah keluarga masyarakat India daripada Rumah Murah Awam Sitiawan 2 telah menerima kunjungan sentuhan kasih daripada pihak KEMAS Parlimen Lumut kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU), Warga Emas dan golongan berpendapatan sederhana.  Dalam kunjungan tersebut pihak KEMAS turut menyalurkan sumbangan berbentuk barangan makanan bagi membantu mengurangkan beban keluarga tersebut.


Pemberian hamper tersebut telah dilaksanakan pada 7 April 2013 yang mana turut dihadiri oleh Ketua Wanita UMNO Cawangan Sitiawan Barat Pn Rosnah Harun, AJK Wanita UMNO Bahagian Lumut Pn Wahyuni dan AJK Puteri Cawangan.

 Program ini telah memberi kesan yang positif kepada masyarakat mengenai persepsi terhadap pihak kerajaan yang ada sekarang dalam membela masyarakat luar bandar khususnya.
 Menyedari dan menyelami perasaan rakyat di akar umbi maka pihak KEMAS  Lumut telah mengambil kesempatan yang ada untuk membantu mereka yang memerlukan.
Rata-rata yang menerima kunjungan tersebut melahirkan rasa syukur dan berterima kasih diatas keprihatinan pihak KEMAS Lumut terhadap mereka dan berharap program begini akan dapat diteruskan lagi pada masa akan datang

Sunday 7 April 2013

PROGRAM TITIK SENTUHAN RAKYAT TERUS MENDAMPINGI MASYARAKAT DI KAMPUNG-KAMPUING

Oleh: Wartawan Media KEMAS Lumut

LUMUT - Seramai 15 buah keluarga daripada Kg. Tanjung Kepah Lekir telah menerima kunjungan sentuhan kasih daripada pihak KEMAS Parlimen Lumut kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU), Warga Emas dan golongan berpendapatan sederhana.  Dalam kunjungan tersebut pihak KEMAS turut menyalurkan sumbangan berbentuk barangan makanan bagi membantu mengurangkan beban keluarga tersebut. 


Pemberian hamper tersebut telah dilaksanakan pada 5 April 2013 yang mana turut dihadiri oleh Ketua Kampung Tanjung Kepah Lekir En Zahedin Bin Hashim dan AJK JKKK, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Lumut, En Mohd Shahril b. Yahaya dan AJK Pemuda UMNO Bahagian Lumut.
Menyedari dan menyelami perasaan rakyat di akar umbi maka pihak KEMAS  Lumut telah mengambil kesempatan yang ada untuk membantu mereka yang memerlukan.
 

PROGRAM TITIK SENTUHAN RAKYAT MASYARAKAT INDIA TAMAN BERPADU

Oleh: Wartawan Media KEMAS Lumut
Golongan berpendapatan sederhana tinggal 2 keluarga dalam sebuah rumah
 LUMUT - Seramai 20 buah keluarga masyarakat India daripada Taman Berpadu telah menerima kunjungan sentuhan kasih daripada pihak KEMAS Parlimen Lumut kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU), Warga Emas dan golongan berpendapatan sederhana.  Dalam kunjungan tersebut pihak KEMAS turut menyalurkan sumbangan berbentuk barangan makanan bagi membantu mengurangkan beban keluarga tersebut. 

 Pemberian hamper tersebut telah dilaksanakan pada 5 April 2013 yang mana turut dihadiri oleh Ketua Cawangan Tamna Berpadu merangkap AJK UMNO bahagian Lumut Tn Hj Yusuf Bin Al-Bakri, Ketua Wanita UMNO Cawangan Hjh  Habsah bt Amri  dan Ahli Jawatankuasa UMNO cawangan Taman Berpadu.
Suami tidak bekerja dan pendapatan isteri yang tidak menentu
 Program ini telah memberi kesan yang positif kepada masyarakat tempatan mengenai persepsi terhadap pihak kerajaan yang ada sekarang dalam membela masyarakat luar bandar khususnya.
Mengidap penyakit kulit seluruh badan
Mengidap Penyakit Kencing Manis dan jari kaki telah di potong
Menyedari dan menyelami perasaan rakyat di akar umbi maka pihak KEMAS  Lumut telah mengambil kesempatan yang ada untuk membantu mereka yang memerlukan.

KUNJUNGAN SENTUHAN KASIH GOLONGAN OKU DAN WARGA EMAS

Oleh: Wartawan Media KEMAS Lumut
 LUMUT - Seramai 11 buah keluarga daripada Kg. Batu 15 Lekir telah menerima kunjungan sentuhan kasih daripada pihak KEMAS Parlimen Lumut kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU), Warga Emas dan golongan berpendapatan sederhana.  Dalam kunjungan tersebut pihak KEMAS turut menyalurkan sumbangan berbentuk barangan makanan bagi membantu mengurangkan beban keluarga tersebut. 

Pemberian hamper tersebut telah dilaksanakan pada 4 April 2013 yang mana turut dihadiri oleh Ketua Kampung Batu 15 Lekir En Ibrahim Bin Mohd Tahir, Ketua Wanita UMNO Cawangan Pn Tusiah bt Mohamed Jaafar dan Ahli Jawatankuasa Kampung.

Program ini telah memberi kesan yang positif kepada masyarakat kampung mengenai persepsi terhadap pihak kerajaan yang ada sekarang dalam membela masyarakat luar bandar khususnya. 




Menyedari dan menyelami perasaan rakyat di akar umbi maka pihak KEMAS  Lumut telah mengambil kesempatan yang ada untuk membantu mereka yang memerlukan.
Rata-rata yang menerima kunjungan tersebut melahirkan rasa syukur dan berterima kasih diatas keprihatinan pihak KEMAS Lumut terhadap mereka dan berharap program begini akan dapat diteruskan lagi pada masa akan datang. 

KUNJUNGAN SENTUHAN KASIH MASYARAKAT INDIA

Oleh: Wartawan Media KEMAS Lumut

LUMUT - Seramai 25 buah keluarga kaum India daripada Taman Hijau telah menerima kunjungan sentuhan kasih daripada pihak KEMAS Parlimen Lumut kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU), Warga Emas dan golongan berpendapatan sederhana.  Dalam kunjungan tersebut pihak KEMAS turut menyalurkan sumbangan berbentuk barangan makanan bagi membantu mengurangkan beban keluarga tersebut.



Pemberian hamper tersebut telah dilaksanakan pada 5 April 2013 yang mana turut dihadiri oleh En Teriasamy Ketua Penerangan IPF negeri Perak, AJK UMNO Bahagian Lumut Tn Hj Yusuf Bin Al-Bakry, Ketua Wanita UMNO Bahagian Lumut Hjh  Habsah bt Amri  dan Ahli Jawatankuasa UMNO cawangan.
Program ini telah memberi kesan yang positif kepada masyarakat tempatan mengenai persepsi terhadap pihak kerajaan yang ada sekarang dalam membela masyarakat luar bandar khususnya.
Menyedari dan menyelami perasaan rakyat di akar umbi maka pihak KEMAS  Lumut telah mengambil kesempatan yang ada untuk membantu mereka yang memerlukan.