Friday 28 October 2016

SELAMAT HARI LAHIR ADLY

Pada 28 Oktober 2016 pula Tabika KEMAS Taman Sri Wangi sekali lagi membuat sambutan hari lahir untuk salah seorang anak murid iaitu Muhammad Adlu Hadi.   Sambutan ini adalah di atas permintaan ibu Adly yang mahu meraikan hari lahir anaknya di Tabika bersama kawan-kawan,  Ibu Adly telah membuat topi kepada kanak-kanak, sebiji kek dan juga donut coklat untuk di raikan bersama-sama di Tabika.





SAMBUTAN HARI LAHIR PPMS

Pada 14 Oktober 2016, satu kejutan kek dari suami pembantu Tabika KEMAS Taman Sri Wangi buat dia. Sebiji kek telah di hadiahkan untuk di sambut bersama kanak-kanak Tabika.   Sungguh gembiran dan terharu melihat pemberian kek kerana selalunya sambutan hari lahir cuma dari kanak-kanak, akan tetapi kali ni sambutan hari lahir pembantu pulak..

Kanak-kanak menyanyikan lagu selamat hari jadi kepada pembantu

Perasaan terharu

Bersama-sama meraikan sambutan hari lahir


SESI BERGAMBAR 2016

Pada 21 Oktober 2016 Tabika KEMAS Kg Teluk Kechil telah berjaya mengadakan sesi bergambar seramai 25 orang  bagi kanak-kanak 2016.  Berjubah warna biru dan bersulam songket menampakkan keserlahan pada gambar kanak-kanak.  Sesi bergambar ini adalah untuk kenang-kenangan kanak-kanak serta guru pada tahun semasa.


Nabilah Aisyah kanak-kanak berumur 6 tahun

Persiapan untuk sesi bergambar pelajar 6 tahun


Gambar kanak-kanak 2016 

Friday 14 October 2016

GOTONG-ROYONG TAMAN HIJAU

Pada 26/9/2016 yang lalu Tabika KEMAS Kg. Teluk Dalam, Pangkor telah mengadakan program Gotong-Royong Taman Hijau yang melibatkan ibu bapa kanak-kanak, penjaga serta ajk. Selain untuk membersihkan kawasan luar tabika, aktiviti sebegini dapat mengeratkan serta mewujudkan kemesraan dan keakraban dikalangan ibubapa dengan guru, disamping dapat berkongsi idea serta pendapat dalam menceriakan tabika. Terima kasih kepada semua yang terlibat walaupun serba sederhana namun sedikit sebanyak pelbagai perkara dapat dipelajari dalam aktiviti ini.

SUKANEKA TAHUNAN 2016

Pada 25/9/2016 (Ahad) jam 3 petang bertempat di Pantai Teluk Nipah, Tabika KEMAS Kg. Teluk Dalam, Pangkor  disertai seramai 25 orang kanak-kanak telah mengadakan aktiviti Sukaneka yang melibatkan kanak-kanak KEMAS, ibubapa serta ajk. Pelbagai acara diadakan bagi mengimarahkan program serta mengeratkan hubungan silaturrahim dikalangan ibu bapa, penjaga, guru dan masyarakat setempat. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Monday 10 October 2016

PENILAIAN 3K

6 Oktober 2016 pemantauan penilaian 3k di Tabika KEMAS Apartment Bukit Permata.Semoga beroleh kejayaan.



Pemantauan berjalan dengan lancar,terima kasih kepada semua...

PERTANDINGAN MEWARNA DI AEON SEMPENA KEMPEN TAK NAK MAKAN SIRIP IKAN YU

1Oktober 2016 Pertandingan mewarna di aeon anjuran jabatan perikanan sempena program tak nak makan sirip ikan yu.Program bermula seawal jam 10.30 pagi sehingga 3.30 petang Seramai 5 orang kanak-kanak dari tabika KEMAS Bukit permata yang turut serta dalam pertandingan pada hari ini.Program yang dijalankan di Aeon ini memberi keselesaan kepada kanak-kanak ketika program berlansung.




Alhamdulillah program berlansung dengan lancar,3 orang kanak-kanak mendapat hadiah pada hari tersebut daripada 30 tempat yang dipertaruhkan.

RAWATAN GIGI

27September 2016 rawatan gigi  di tabika KEMAS Apartment bukit permata Lumut.Program bermula seawal jam 9.00 pagi sehingga jam 12.30 tengahari.Seramai 10 orang kanak-kanak yang terlibat dalam rawatan gigi tersebut.Terima kasih kepada pihak kesihatan kerana setiap tahun membuat rawatan gigi untuk kanak-kanak tabika.
Rawatan pergigian dimulakan seawal jam 9.00pagi.


Seisi rawatan gigi di teruskan lagi.
Kanak-kanak yang terakhir pada rawatan kali ini.Semua kanak-kanak memberi respon yang baik sepanjang tawatan.


Sunday 9 October 2016

SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA DI KG SG WANGI

Pada 09 Oktober 2016 Tabika KEMAS Kg Sg Wangi bersama Tabika KEMAS Taman Sri Wangi telah bekerjasama dengan JKKK Kg Sg Wangi dengan mengadakan Hari Sukan Negara pada tahun ini.  Program diadakan di hadapan Tabika KEMAS Kg Sg Wangi.  Acara yang diadakan merupakan acara sukaneka bagi dewasa serta kanak-kanak. Pelbagai acara sukaneka yang di pertandingan iaitu boling buah kelapa, mengisi air dalam botol bagi dewasa, semakin jauh semakin sayang dan sebagainya.  Bagi kanak-kanak, acara yang di pertandingkan meniup belon sampai pecah.


Mengisi air dalam botol

Tiup belon bagi kaum lelaki dewasa

semakin jauh semakin sayang

Kehadiran orang dewasa dan kanak-kanak di anggarkan hampir 100 orang.   JKK kampung turut menyediakan hadiah kepada pemenang.  Suasana di lihat sungguh meriah dan gelak ketawa.  Program juga turut di hadiri oleh Tok Sidang Kg Sg Wangi iaitu Haji Sazali bin Man selaku Ketua UMNO Kg Sg Wangi, Ketua Wanita UMNO iaitu Puan Nooraini Mahaydin selaku Pengerusi Tabika KEMAS Taman Sri Wangi serta barisan ahlijawatankuasa .   

Acara boling buah kelapa

Pemberian hadiah kepada pemenang

Saturday 8 October 2016

SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA

Pada 08 Oktober 2016 Tabika KEMAS Kg Serdang bersama-sama JKKK kampung telah berjaya mengadakan Hari Sukan Negara pada kali ini tahun 2016. Terdapat pelbagai acara di pertandingan iaitu Gusti tangan bg kaum lelaki, Batu seremban, meraut lidi, timbang bola, lari kasut tempurung, congkak dan dam haji.  Bagi  kanak-kanak Tabika acara yang di pertandingankan ialah leret bola, membawa bola ping-pong dalam sudu, lari berhalangan dan mengisi air dalam botol

Bergambar kenangan

Acara kanak-kanak Tabika melerek bola


Gusti Tangan

Sambutan Hari Sukan Negara di Kampung Serdang ini turut serta Pengerusi Jkkk, Ketua wanita, Pengerusi Tabika serta Pengerusi KRT.  Program berlansung pada jam 2.00 petang.  Kehadiran di anggarkan hampir 100  orang iaitu ibubapa, masyarakat setempat serta kanak-kanak Tabika.

Batu seremban

Mendengar taklimat