Sunday 9 October 2016

SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA DI KG SG WANGI

Pada 09 Oktober 2016 Tabika KEMAS Kg Sg Wangi bersama Tabika KEMAS Taman Sri Wangi telah bekerjasama dengan JKKK Kg Sg Wangi dengan mengadakan Hari Sukan Negara pada tahun ini.  Program diadakan di hadapan Tabika KEMAS Kg Sg Wangi.  Acara yang diadakan merupakan acara sukaneka bagi dewasa serta kanak-kanak. Pelbagai acara sukaneka yang di pertandingan iaitu boling buah kelapa, mengisi air dalam botol bagi dewasa, semakin jauh semakin sayang dan sebagainya.  Bagi kanak-kanak, acara yang di pertandingkan meniup belon sampai pecah.


Mengisi air dalam botol

Tiup belon bagi kaum lelaki dewasa

semakin jauh semakin sayang

Kehadiran orang dewasa dan kanak-kanak di anggarkan hampir 100 orang.   JKK kampung turut menyediakan hadiah kepada pemenang.  Suasana di lihat sungguh meriah dan gelak ketawa.  Program juga turut di hadiri oleh Tok Sidang Kg Sg Wangi iaitu Haji Sazali bin Man selaku Ketua UMNO Kg Sg Wangi, Ketua Wanita UMNO iaitu Puan Nooraini Mahaydin selaku Pengerusi Tabika KEMAS Taman Sri Wangi serta barisan ahlijawatankuasa .   

Acara boling buah kelapa

Pemberian hadiah kepada pemenang

No comments:

Post a Comment