Tuesday 8 April 2014

AKTIVITI KELAB 3K BERSAMA JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT SERI MANJUNG

LUMUT - 8 APRIL 2014  Aktiviti 3K dan Latihan Memadam Kebakaran telah diadakan di TBK KEMAS Fasa 3C, Seri Manjung dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Seri Manjung.





Angota bomba turut mengajar teknik BERHENTI, REBAH dan GULING sekiranya baju atau anggota tubuh badan kanak-kanak terbakar.


Selain itu, anggota bomba juga turut memeriksa tahap keselamatan di TABIKA terutama di bahagian dapur. Kanak-kanak juga turut diberi peluang menaiki jentera bomba, dan turut diberi peluang pendedahan bagaimana menggunakan hos bomba ketika memadam kebakaran.

Kedua-dua guru TABIKA terbabit, turut diajar bagaimana menggunakan pemadam api mudah alih atau 'fire extinguisher' dengan cara yang betul. Menurut kata Encik Abdul Aziz, selaku 'incharge' bagi Program 3K, guru di TABIKA menggalas tanggungjawab besar berkaitan keselamatan kanak-kanak. 


Dengan itu, guru perlu bersedia dan perlu mengetahui bagaimana menggunakan pemadam api dengan betul supaya langkah awal dapat diambil sekiranya berlaku kebakaran supaya dapat mengelakkan kebakaran merebak.



Sedikit cenderahati buat Encik Abdul Aziz dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Seri Manjung.

Akhir kata, ingatlah.. API SEMASA KECIL MANJADI KAWAN, BESAR MENJADI LAWAN.

MESYUARAT JKPP & JKPAK KEMAS NEGERI PERAK

LUMUT- 7 April 2014   Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Dan Kewangan (JKPAK ) & Jawatankuasa Pengurusan Dan Pembangunan (JKPP) KEMAS Negeri Perak telah diadakan di Pusat Kegiatan Masyarakat KEMAS Parlimen Lumut,


Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pengarah KEMAS Negeri Perak En Ahmad Kamal Idris Bin Hj Ahmad Nawawi.

 Turut hadir Timbalan Pengarah KEMAS Negeri Perak En Ali Hanafiah Bin Abu Hassan, Penolong- Penolong Pengarah KEMAS Negeri Perak, Pegawai KEMAS Daerah, Penyelia Kanan Parlimen, Pembantu Tadbir Daerah dan Pemaju Masyarakat Khas Parlimen.


Pengarah melahirkan rasa teruja kerana KEMAS Perak julung kali nya mengadakan mesyuarat mengggunakan laptop/notebook sebagai gantian kertas minit mesyuarat. 
  Agenda dimulakan dengan mesyuarat JKPAK yang disampaikan oleh En Azril. Pembentangan pertama mengenai Laporan Pengurusan Aset Suku Tahun Ke 1/2014. Kedua Laporan Pelupusan Aset sehingga 15/3/2014.
Ketiga Laporan Kehilangan/ Hapuskira.


Agenda seterusnya mengenai Pengurusan Kewangan yang disampaikan oleh En Ali Hanafiah bin Abu Hassan.

Mesyuarat ditangguhkan dengan kehadiran dan ucapanYB En Rashidi Bin Ibrahim ADUN Pasir Panjang .
 
Dalam ucapan beliau merakamkan Terima Kasih kepada semua warga KEMAS Negeri Perak Khas nya KEMAS Lumut, yang telah memberi kerjasama dan merancang dalam setiap program terutama bagi membantu kemenangan dalam PRU 13 yang lalu. Beliau mengharapkan sokongan yang berterusan sehingga ke PRU yang akan datang.



Pada jam 3.00 petang mesyuarat JKPP pula dijalankan yang dihadiri Pengarah, Timbalan Pengarah, Penolong Pengarah, PKD, Penyelia Kanan Parlimen.

Friday 4 April 2014

PERASMIAN JETI AWAM KAMPUNG TELAGA NENAS(L)

LUMUT- 21 MAC 2014  Perasmian Jeti Kampung Telaga Nenas (L) Ayer Tawar Perak telah dirasmikan oleh Menteri Besar Perak YAB Dato Seri Diraja Dr Zambry bin Hj Abdul Kadir. 

                                                                            
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah YDP Daerah Manjung, Pegawai Daerah Manjung, YB Dun Pasir Panjang, Penghulu Mukim, Ketua Kampung dan AJK JKKK, Ketua Jabatan dan seluruh penduduk Kampung Telaga Nenas.









Wednesday 2 April 2014

SAMBUTAN ULANGTAHUN KELAHIRAN KANAK2 TASKA PERMATA KEMAS LUMUT DISAMBUT MERIAH


LUMUT- 17 Mac 2014 bertempat di PKM Parlimen Lumut, telah berlangsung nya sambutan Ulangtahun Kanak-kanak TASKA PERMATA KEMAS PKM 1. 

       









Sambutan amat meriah dengan pelbagai acara dilaksanakan. Turut hadir bagi menyapaian sedikit ucapan sebagai suntikan semangat kepada semua Pemaju Masyarakat dan kanak-kanak ialah Pn Jamaliah bt Hassan Penyelia Kanan KEMAS Parlimen Lumut.