Wednesday 31 August 2016

SAMBUTAN AMBANG KEMERDEKAAN 2016

Pada 30 Ogos 2016 jam 5 petang, seramai 100 orang penunggang motosikal yang terdiri daripada golongan belia di 5 buah kampung telah menyertai Konvoi Ambang Merdeka dengan mengelilingi Pulau Pangkor anjuran Penerangan Daerah Manjung. Aktiviti ini bertujuan menyemarakkan semangat jiwa kemerdekaan dikalangan anak-anak muda masa kita untuk cintakan tanah air. Di samping itu, dapat mengisi masa mereka dengan aktiviti yang lebih berfaedah dan bermanfaat. Konvoi Ambang Merdeka ini bermula dari Jeti Pangkor dan berhenti di setiap kampung untuk menyerahkan Jalur Gemilang dan akan berakhir di Kampung Teluk Gedung.

YEAY... JOM KITA BUAT TOPI MERDEKA

Pada 26 Ogos 2016 yang lalu, Tabika KEMAS Kampung Teluk Dalam, Pangkor telah mengadakan aktiviti membuat topi merdeka bersama kanak-kanak bagi menyemarakkan semangat kemerdekaan dalam diri mereka. Walaupun masih tidak mengerti apa itu kemerdekaan sebenar namun, dengan adanya aktiviti sebegini sedikit sebanyak dapat menerapkan nilai-nilai murni seperti mengenal warna- warna bendera dan mengenali maksud disebalik warna yang terdapat di dalam bendera Malaysia. Ternyata kanak-kanak ini amat seronok dan teruja kerana dapat menghasilkan topi merdeka sendiri.

LIHATLAH TOPENG MERDEKA SAYA

Pada 30 Ogos 2016, Tabika KEMAS Kampung Teluk Dalam, Pangkor telah mengadakan aktiviti membuat topeng merdeka sempena bulan kemerdekaan yang bakal tiba tidak lama lagi. keterujaan jelas terpancar di wajah kanak-kanak ini apabila diberitahu hendak membuat topeng merdeka. Seronok rasanya apabila melihat kanak-kanak ini sudah mahir mewarna gambar bendera Malaysia. Lebih seronok lagi apabila masing-masing tidak sabar hendak memakai topeng yang telah dibuat.

YEAY... JOM KITA BUAT TOPI MERDEKA

Pada 26 Ogos 2016 yang lalu, Tabika KEMAS Kampung Teluk Dalam, Pangkor telah mengadakan aktiviti membuat topi merdeka bersama kanak-kanak bagi menyemarakkan semangat kemerdekaan dalam diri mereka. Walaupun masih tidak mengerti apa itu kemerdekaan sebenar namun, dengan adanya aktiviti sebegini sedikit sebanyak dapat menerapkan nilai-nilai murni seperti mengenal warna- warna bendera dan mengenali maksud disebalik warna yang terdapat di dalam bendera Malaysia. Ternyata kanak-kanak ini amat seronok dan teruja kerana dapat menghasilkan topi merdeka sendiri.

YEAY... JOM KITA BUAT TOPI MERDEKA

Pada 26 Ogos 2016 yang lalu, Tabika KEMAS Kampung Teluk Dalam, Pangkor telah mengadakan aktiviti membuat topi merdeka bersama kanak-kanak bagi menyemarakkan semangat kemerdekaan dalam diri mereka. Walaupun masih tidak mengerti apa itu kemerdekaan sebenar namun, dengan adanya aktiviti sebegini sedikit sebanyak dapat menerapkan nilai-nilai murni seperti mengenal warna- warna bendera dan mengenali maksud disebalik warna yang terdapat di dalam bendera Malaysia. Ternyata kanak-kanak ini amat seronok dan teruja kerana dapat menghasilkan topi merdeka sendiri.

MOH NGETEH HARI KEBANGSAAN KKLW 2016

Pada 29 Ogos 2016 telah diadakan Sambutan Program Moh Ngeteh Hari Kebangsaan KKLW secara serentak di seluruh negara disemua premis Tabika KEMAS. Oleh itu, Tabika KEMAS Zon Pangkor telah menyahut seruan tersebut dengan mengadakan beberapa aktiviti yang bertemakan kemerdekaan. Antara aktiviti yang diadakan ialah nyanyian lagu patriotik, laungan kemerdekaan, video tentang kemerdekaan dan bacaan tahlil kepada orang-orang terdahulu yang telah memperjuangkan kemerdekaan. Aktiviti sebegini begitu bermakna apabila ianya dapat disemaikan semangat cintakan negara dikalangan kanak-kanak dan juga kepada ibu bapa dan mengimbas kembali pahit getir orang-orang terdahulu untuk memerdekakan tanah air tercinta. Semoga Malaysia akan terus aman dan damai dan sentiasa dalam lindungan Allah SWT. Aamiin. MERDEKA!!! MERDEKA!!! MERDEKA!!!. Saya sayang negara saya.

SAMBUTAN AMBANG KEMERDEKAAN KAMPUNG GDW KG DATO SERI KAMARUDDIN

Program ini telah berlangsung pada 30 Ogos 2016 pada jam 5.00 petang dengan acara kayuhan ambang merdeka peringkat Kg Dato Seri Kamaruddin. Seramai lebih 60 buah basikal berhias dan motosikal telah mengikuti aktiviti ini diiringi oleh anggota polis trafik cawangan IPD manjung. Basikal berhias yang paling kreatif akan diberikan hadiah pada malam ambang merdeka. Majlis ini juga telah di serikan lagi dengan perasmian dari Pegawai KEMAS Daerah Manjung En Nor Heazi Aswal B Hj Norbani. Pelbagai acara menarik seperti aktiviti senamrobik, nyanyian lagu patriotik dari Otai Buskers, pertandingan pakaian beragam, pertandingan moto kapcai tercantik, konvoi motosikal berkuasa tinggi, persembahan sajak dan syair dari SMK Kg Dato Seri Kamaruddin. Detik 12 malam disambut dengan percikan bunga api dan dentuman dari meriam yang diperbuat khas untuk menyambut hari kemerdekaan negara yang ke 59 tahun. MERDEKA..MERDEKA..MERDEKA

MERDEKA ! MERDEKA! MERDEKA !

31 OGOS 2016

Sambutan Hari Kebangsaan Kali ke 59 dan Perarakan Kemerdekaan TABIKA TABIKA KEMAS Parlimen Lumut di Stadium Majlis Perbandaran Manjung.

#Zon Lekir Utara