Wednesday 31 August 2016

SAMBUTAN AMBANG KEMERDEKAAN 2016

Pada 30 Ogos 2016 jam 5 petang, seramai 100 orang penunggang motosikal yang terdiri daripada golongan belia di 5 buah kampung telah menyertai Konvoi Ambang Merdeka dengan mengelilingi Pulau Pangkor anjuran Penerangan Daerah Manjung. Aktiviti ini bertujuan menyemarakkan semangat jiwa kemerdekaan dikalangan anak-anak muda masa kita untuk cintakan tanah air. Di samping itu, dapat mengisi masa mereka dengan aktiviti yang lebih berfaedah dan bermanfaat. Konvoi Ambang Merdeka ini bermula dari Jeti Pangkor dan berhenti di setiap kampung untuk menyerahkan Jalur Gemilang dan akan berakhir di Kampung Teluk Gedung.

No comments:

Post a Comment