Wednesday 31 August 2016

YEAY... JOM KITA BUAT TOPI MERDEKA

Pada 26 Ogos 2016 yang lalu, Tabika KEMAS Kampung Teluk Dalam, Pangkor telah mengadakan aktiviti membuat topi merdeka bersama kanak-kanak bagi menyemarakkan semangat kemerdekaan dalam diri mereka. Walaupun masih tidak mengerti apa itu kemerdekaan sebenar namun, dengan adanya aktiviti sebegini sedikit sebanyak dapat menerapkan nilai-nilai murni seperti mengenal warna- warna bendera dan mengenali maksud disebalik warna yang terdapat di dalam bendera Malaysia. Ternyata kanak-kanak ini amat seronok dan teruja kerana dapat menghasilkan topi merdeka sendiri.

No comments:

Post a Comment