Wednesday 31 August 2016

MOH NGETEH HARI KEBANGSAAN KKLW 2016

Pada 29 Ogos 2016 telah diadakan Sambutan Program Moh Ngeteh Hari Kebangsaan KKLW secara serentak di seluruh negara disemua premis Tabika KEMAS. Oleh itu, Tabika KEMAS Zon Pangkor telah menyahut seruan tersebut dengan mengadakan beberapa aktiviti yang bertemakan kemerdekaan. Antara aktiviti yang diadakan ialah nyanyian lagu patriotik, laungan kemerdekaan, video tentang kemerdekaan dan bacaan tahlil kepada orang-orang terdahulu yang telah memperjuangkan kemerdekaan. Aktiviti sebegini begitu bermakna apabila ianya dapat disemaikan semangat cintakan negara dikalangan kanak-kanak dan juga kepada ibu bapa dan mengimbas kembali pahit getir orang-orang terdahulu untuk memerdekakan tanah air tercinta. Semoga Malaysia akan terus aman dan damai dan sentiasa dalam lindungan Allah SWT. Aamiin. MERDEKA!!! MERDEKA!!! MERDEKA!!!. Saya sayang negara saya.

No comments:

Post a Comment