Wednesday 31 August 2016

SAMBUTAN AMBANG KEMERDEKAAN KAMPUNG GDW KG DATO SERI KAMARUDDIN

Program ini telah berlangsung pada 30 Ogos 2016 pada jam 5.00 petang dengan acara kayuhan ambang merdeka peringkat Kg Dato Seri Kamaruddin. Seramai lebih 60 buah basikal berhias dan motosikal telah mengikuti aktiviti ini diiringi oleh anggota polis trafik cawangan IPD manjung. Basikal berhias yang paling kreatif akan diberikan hadiah pada malam ambang merdeka. Majlis ini juga telah di serikan lagi dengan perasmian dari Pegawai KEMAS Daerah Manjung En Nor Heazi Aswal B Hj Norbani. Pelbagai acara menarik seperti aktiviti senamrobik, nyanyian lagu patriotik dari Otai Buskers, pertandingan pakaian beragam, pertandingan moto kapcai tercantik, konvoi motosikal berkuasa tinggi, persembahan sajak dan syair dari SMK Kg Dato Seri Kamaruddin. Detik 12 malam disambut dengan percikan bunga api dan dentuman dari meriam yang diperbuat khas untuk menyambut hari kemerdekaan negara yang ke 59 tahun. MERDEKA..MERDEKA..MERDEKA

No comments:

Post a Comment