Sunday 3 April 2016

PEMERIKSAAN GIGI KEPADA KANAK2 TASKA PERMATA PKM 2

Pada jam 9.30 pagi, Pihak Pergigian Sitiawan telah datang ke Taska Permata KEMAS.

Nurse gigi telah membuat pemeriksaan gigi pada setiap kanak-kanak.Kanak-kanak juga diberi penerangan tentang penjagaan gigi.

Setelah selesai pemeriksaan gigi kanak-kanak diberi setiap seorang berus n ubat gigi dan mereka memberus gigi di luar kelas sambil diberi penerangan oleh nurse gigi.

Pada jam 10.00 pagi pemberian ubat florida telah diberikan kepada kanak-kanak yang mempunyai karies gigi. Pada jam 10.20 nurse pulang.

MENGECAT BELON MENGIKUT WARNA KANAK2 TASKA PERMATA PKM 2

Aktiviti Pembelajaran hari ini 1 April 2016.Mengecat belon mengikut warna menggunakan warna air.Aktiviti dijalankan pada jam 10.45 pagi.
Kanak-kanak berkumpul di luar Taska PKM2, Setiap kanak-kanak diberikan apron mengecat.

Kanak-kanak diberi penerangan tentang warna air dan cara melakukan aktiviti mengecat belon mengikut warna. Kanak-kanak mengecat sambil dibimbing oleh pendidik.

Setelah selesai kanak membersihkan diri masing-masing dan mengeringkan hasil kerja mereka. Pada jam 11.30 aktiviti tamat kanak-kanak masuk ke ke kelas.