Tuesday 27 September 2016

HARI POTENSI PERINGKAT NEGERI PERAK 2016

Pada 24 September 2016 bertempat di PKM Gopeng pihak KEMAS Negeri Perak telah mengadakan Hari Potensi Peringkat Negeri Perak 2016 fasa 1 di mana hanya 6 acara sahaja yang di pertandingkan iaitu Bonekatangan, Kompang Berformasi, Pidato, Tilawah , Kanak-kanak Cemerlang dan Guru Inovatif.  Acara selebihnya fasa 2, akan  di adakan di ILK Seri Iskandar Pada 1 Oktober 2016.
Tabika KEMAS Taman Sri Wangi serta Tabika KEMAS Kg Sg Wangi telah mengambil bahagian di dalam pertandingan Bonekatangan mewakili Daerah Manjung.


Semasa persembahan

Usai persembahan dan memperkenalkan diri dan watak

Alhamdulillah, Bonekatangan dari Daerah Manjung telah mendapat naib juara peringkat Negeri Perak dari 10 daerah yang bertanding.  Johan Bonekatangan di menangi oleh Daerah Kinta.
Tahniah di ucapkan kepada kanak-kanak yang telah berjaya buat yang terbaik... Tahniah!!

Bergambar dengan Ketua Pengarah KEMAS Malaysia dan Pengarah KEMAS Perak

Hasil tangan membuat boneka sendiri 

MAJLIS BACAAN DOA SELAMAT

Tabika KEMAS Taman Sri Wangi telah mengadakan majlis bacaan doa selamat pada 22 September 2016 bertempat di Tabika KEMAS Taman Sri Wangi.   Majlis bacaan doa selamat di sempurnakan oleh Encik Mohd Shahar iaitu salah seorang ahlijawatankuasa Tabika.  Majlis ini di adakan bertujuan untuk kanak-kanak Tabika yang akan memasuki pertandingan Bonekatangan Peringkat Negeri Perak pada 24 September 2016 yang akan mewakili daerah Manjung.

Bacaan Doa Selamat Oleh Encik Shahar

Menikmati juadah yang di sediakan 

Tabika KEMAS Taman Sri Wangi turut menjemput ibu bapa kanak-kanak yang terlibat dalam pertandingan Bonekatangan ini seperti dari kelas Tabika KEMAS Kg Sg Wangi Kelas Delima dan Kelas Mutiara .   Majlis bertujuan untuk memberi semangat keyakinan kepada kanak-kanak dan kelancaran kepada mereka nanti.

Mengaminkan bacaan doa selamat oleh Encik Shahar

Sunday 25 September 2016

22september2016 amali solat bersama kanak-kanak Tabika KEMAS Apartment Bukit Permata Lumut.Akitiviti bermula jam 11.30 pagi dan berakhir jam 12.30 tengahari dengan kehadiran kanak-kanak seramai 15 orang.Kanak-kanak pada mulanya diajar mengambil air sembahyang.seterusnya memakai telekung bagi perempuan dan songkok bagi kanak-kanak lelaki.
Kanak-kanak memulakan solat selepas salah seorang dari kanak-kanak lelaki mengalunkan azan.
Seterusnya kanak-kanak meneruskan dengan rukuk bersama-sama.
Bersujud dengan tertib mengikut bacaan yg diajar oleh guru.
seterusnya memberi salam.
Kanak-kanak diajar berdoa memohon keberkatan dan keampunan..
Aktiviti diakhiri dengan bersalaman sesama rakan sebaya.



Wednesday 7 September 2016

MEMBALUT KOTAK HADIAH

Pada 07 September 2016 Tabika KEMAS Taman Sri Wangi telah membuat aktiviti fizikal dan estetika iaitu membalut kotak menjadi hadiah bertepatan dengan tema hari istimewa pada minggu ini iaitu minggu ke 32. Guru telah memesan terlebih awal kepada ibu bapa supaya sediakan kotak kosong kepada anak mereka.  Kanak-kanak sungguh teruja untuk membalut kotak.

Pelbagai jenis kotak kosong yang di bawa oleh kanak-kanak

Cuba membalut kotak sendiri dengan bimbingan guru

hasilnya setelah di berikan reben sebagai hiasan kotak hadiah

Hasil di letakkan atas meja tema

SEISI BERGAMBAR

7September2016,Seisi bergambar bagi kanak-kanak tabika KEMAS Apartment Bukit Permata.Program bermula jam 9 pagi sehingga jam 10.15 pagi.Seramai 27 orang kanak-kanak yang terlibat dalam seisi bergambar pada hari ini.Acara bermula dengan bergambar secara individu dan seterusnya secara kelas.Seisi bergambar berakhir dalam suasana yang ceria.
Kanak-kanak bergambar secara individu..
Gelagat kanak-kanak ketika seisi bergambar.
Alhamdulillah seisi bergambar telah diselesaikan bagi tahun 2016.

Tuesday 6 September 2016

LAWATAN PEMANTAUAN

Pada 06 September 2016 satu lawatan pemantauan oleh Cik Khairun Nisa' Roshdi iaitu Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Awal Kanak-kanak KEMAS Ibu Pejabat.  Lawatan Pemantauan beliau melihat persekitaran Tabika dan pelbagai aspek.  Terima kasih di ucapkan kepada beliau kerana sudi memantau Tabika KEMAS Taman Sri Wangi.

Melihat di sekitar kelas dari pemerhatian beliau

Add caption

Menulis nama di Buku Pelawat


KEMBARA MINDA DI TABIKA KEMAS TAMAN SRI WANGI

Pada 05 September 2016 telah berlangsung lawatan kembara minda oleh Lepasan Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak DPAK ke Tabika KEMAS Taman Sri Wangi.  Kehadiran seramai 12 orang ini telah membawa satu tugasan iaitu dalam Promosi Tabika/ Penglibatan Masyarakat dan aktiviti Kokurikulum di Tabika. Kehadiran mereka seawal jam 8.30 pagi dan berakhir di sekitar jam 12.40 tengah hari.  Selain daripada itu kehadiran mereka dengan membawa sebiji kek bagi meraikan hari kelahiran kanak-kanak Tabika yang jatuh pada bulan September.


Ucapan terima kasih dari mereka

Mengumpul maklumat untuk pembentangan

Pembahagian kumpulan dalam mengumpul maklumat

Jelas terpancar kegembiraan di wajah kanak-kanak Tabika

Menulis nama di buku pelawat

Hasil dari maklumat di bentang.

Monday 5 September 2016

SAMBUTAN HARI LAHIR

5September2016 sambutan hari lahir adik Muhammad Amirun Syawal bin Mohd Sholeh yang ke 5 tahun,di Tabika KEMAS Apartment Bukit Permata.Majlis ini dimulakan pada jam 10.30 pagi dan berakhir pada jam 11.10 pagi.Ibubapa menghantar kek dan gudis untuk diberikan kepada kanak-kanak yang hadir.Semua kanak-kanak gembira dapat menyambut hari lahir bersama-sama.
Selamat hari lahir buat adik Muhammad Amirun Syawal yang ke 5 tahun.Semoga panjang umur,murah rezeki dan semoga menjadi anak yang soleh.

Kanak-kanak gembira dapat menyambut hari lahir bersama dan seronok mendapat gudis.
Alhamdulillah majlis selesai dengan gambaran ceria diwajah anak-anak.

Sunday 4 September 2016

TAKLIMAT KEMBARA MINDA

Pada 4 September 2016 di Teluk Batik Resort sesi taklimat Kembara Minda kepada barisan pasi dan juga Pemaju Masyarakat kelas yang terlibat di Parlimen Lumut untuk program pada 5 September 2016 di kelas-kelas yang telah di pilih.  Seramai 155 peserta orientasi DPAK terlibat dalam Program Kembara Minda ini.


Mendengar taklimat yang di sampaikan


Penyampaian cenderahati kepada guru


TAKLIMAT KEMBARA MINDA

Pada 4 September 2016 di Teluk Batik Resort sesi taklimat Kembara Minda kepada barisan pasi dan juga Pemaju Masyarakat kelas yang terlibat di Parlimen Lumut untuk program pada 5 September 2016 di kelas-kelas yang telah di pilih.  Seramai 155 peserta orientasi DPAK terlibat dalam Program Kembara Minda ini.


Mendengar taklimat yang di sampaikan


Penyampaian cenderahati kepada guru