Tuesday 31 May 2016

KURSUS MASAKAN KEMAS BERSAMA JPP ZON 6

29/5/2016 bertempat di PKM KEMAS Lumut telah diadakan kursus masakan 4 jenis kuih talam.
Pengerusi Biro Wanita JPP ZON 6 telah merealisasikan kursus tersebut dengan  sambutan yang menggalakkan.

Seramai 30 orang peserta telah mengikuti kursus ini. Menampakkan kesungguhan mereka dalam mempelajari masakan ini. 

Program ini merupakan strategi untuk mendorong dan melibatkan masyarakat setempat agar bertanggungjawab dalam kegiatan aktiviti untuk pembangunan masyarakat, disamping itu juga memberi  pendedahan kepada masyarakat tentang budaya niaga. Dengan kemahiran dan ilmu yang dipelajari boleh dimanafaatkan.  Budaya niaga merupa salah satu sumber pendapat yang dapat mengurangkan beban keluarga, di samping itu juga merasakan bahawa sumbangan mereka itu penting dalam proses Pembangunan Negara.


UCAPAN PENGERUSI JPP ZON 6
Antara kuih Talam yang diajar dalam kursus ini ialah Talam keladi, Talam Suji, Talam Cendul dan Seri Muka Pandan.
SEBAHAGIAN PESERTA 
PENGHULU MUKIM LUMUT DAN SETIAUSAHA JPP ZON 6
PESERTA CEMERLANG
DIAJAR TEKNIK MEMOTONG KUIH DENGAN MUDAH DAN MENGEKALKAN SAIZ
PESERTA MEMBERI TUMPUAN DENGAN PENUH MINAT
CENDERAHATI PERASMIAN

PENGHARGAAN KEPADA PENGHULU MUKIM LUMUT SUDI HADIR BERSAMA

MESYUARAT JKKK KG SUNGAI PINANG BESAR BIL 4/2016

Mesyuarat JKKK Kg Sungai Pinang Besar telah diadakan pada 26 Mei 2016 iaitu pada hari khamis yang lalu bermula jam 9.30 pagi bertempat di Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Pinang Besar, Pangkor. Ianya telah dihadiri seramai 24 orang. Turut hadir dalam mesyuarat tersebut ialah MT Penyelia  Kanan KEMAS Lumut Pn Rohani Yassin, Penghulu Mukim Pangkor, dan Ketua Balai polis Pangkor.

Monday 30 May 2016

MESYUARAT JKKK KG PUNDUT DIBAWAH SELIAAN KEMAS

24/5/2016 bertempat di Dewan GDW Kg Pundut Lumut jam 3.00 perangai, satu mesyuarat JKKK bil 5/2016 telah diadakan.

Pengerusi Dan AJK telah dapat hadir Dan komitmen dari jawatankuasa amat baik. Semua Biro dapat melaporkan laporan masing2.

Turut hadir Penghulu Mukim Lumut, Ketua balai polis Manjung dan penggerak KEMAS Lumut.

Berbagai info disampaikan dan dapat dikongsi bersama jawatankuasa.

SAMBUTAN AMBANG RAMADHAN 2016

Pada 30 Mei 2016 Tabika KEMAS Kg. Teluk Dalam, Pangkor telah mengadakan majlis bacaan Yassin sempena menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak. Seramai 22 orang ibubapa dan penjaga kanak-kanak telah hadir dalam majlis ini. Tujuan majlis ini diadakan adalah sebagai tanda syukur ke hadrat Illahi kerana masih diberi kesempatan untuk bersama- sama masyarakat islam sejagat dalam menghadapi Bulan Ramadhan disamping memperbanyakkan ibadah. Semoga ibadah kita diterima Allah swt. Aamiin

MAJLIS BACAAN YASSIN DI KG PADANG TEMBAK

Pada 30/5/2016 jam 3 petang telah diadakan majlis bacaan Yassin dan Tahlil di rumah Pn Fairus bin Hj Bahari bertempat di Kampung Padang Tembak,Lumut.

Majlis dipimpin oleh Ustazah Rafidah binti Mohammed dan disertai oleh 40 orang penduduk sekitar.

Majlis ini diadakan sebagai tanda kesyukuran kerana dapat menempuh bulan Ramadhan yang akan tiba tidak lama lagi.

Sunday 29 May 2016

Lawatan Sambil belajar kanak-kanak Taska Permata KEMAS Manjung 2

Tarikh : 28/5/2016                 
Masa : 6.15pagi -  12.00malam
Kanak-kanak yg terlibat : 18 org.   
Guru pengiring : 4 orang , 1 orang pembntu.                                 
Ajk : 5 org.                               


Lawatan bermula dgn lawatan ke Farm in the City. Kanak2 teruja dan gembira melihat haiwan-haiwan di dalam ladang, kanak-kanak dapat menyentuh dan memegang haiwan disitu dengan lebih dekat.


Lebih kurang 2 jam di situ, kmi bertolak ke Restoran makan Tat Nasi Ayam untuk makan dan berehat. Pada jam 2.30 petang kami bergerak ke Putrajaya unutk solat dan mengambil gambar di bangunan yang ada ukiran-ukiran yang unik disitu.


Selepas itu kami pergi melawat Taman Botani. Kanak2 juga amat gembira semasa berada di Taman Botani Putrajaya.Lebih kurang pkl 9.00 kami  bergerak pulang ke Taska Permata KEMAS 2 Manjug.


FARM IN THE CITY














MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM PENGURUSAN BERAT BADAN PERINGKAT DAERAH MANJUNG

24/5/2016 Perasmian penutup program Pengurusan Berat Badan peringkat Daerah Manjung telah diadakan di Kg Telaga Nenas(L).
Program telah disempurnakan oleh Dr Asmah dari kesihatan Negeri Perak. Turut hadir dalam program tersebut En Nor Heazi Aswal bin Hj Norbani Pegawai KEMAS Daerah Manjung, En Sabdin bin Idris Penghulu Mukim Lumut, Ketua kampung Kg Telok, anggota KEMAS dan kesihatan Daerah Manjung.
Pelbagai acara telah diadakan yang telah memeriahkan lagi program tersebut.
Perasmian memotong riben dan menaiki bot VIP mengiringi sungai amat menarik sekali.
Acara sukan yang dijalankan kepada Sukarelawan KOSPEN juga kepada staff KEMAS dan kesihatan membuat keadaan menjadi lebih ceria.
Diharap kepada Kampung kampung yang lain bersedia menerima program ini dimasa akan datang dan ini menjadikan suntikan semangat kepada semua kampung KOSPEN.


PERASMIAN PENUTUP PROGRAM PENGURUSAN BERAT BADAN




ANTARA BARISAN VIP YANG TURUT HAADIR



PESERTA YANG TELAH BERJAYA MENURUN KAN BERATY BADAN SEBANYAK 10.5 KG DALAM TEMPOH 6 BULAN


PEMENANG ACARA SUKAN KEMAS DAN KESIHATAN



VIP YANG AKAN DIBAWA MENAIKI BOT MENGGELILINGI SUNGAI


Add caption



SENAMROBIK


PERASMIAN OLEH DR ASMAH

ACARA SUKAN SEMAKIN JAUH SEMAKIN SAYANG



SAMBUTAN HARI LAHIR KANAK-KANAK JANUARI -MEI 2016

Pada 23 Mei 2016 bersamaan 16 Syaaban, Tabika KEMAS Kg Sg Wangi telah mengadakan Sambutan Hari Lahir kanak-kanak dari bulan Januari hingga Mei 2016.  Seramai 45 orang kanak-kanak hadir  serta 20 orang ibu bapa serta ahlijawatankuasa Tabika hadir bagi memeriahkan majlis sambutan hari jadi kanak-kanak ini.  Sambutan ini di lakukan serentak dua kelas di Tabika KEMAS Kg Sg Wangi itu iaitu Kelas Delima dan Kelas Mutiara.  Kanak-kanak merasa teruja dan seronok.  
Sebahagian kanak-kanak yang di rai kan

Kanak-kanak dari Tabika KEMAS Kg Sg Wangi iaitu dari Kelas Delima dan Mutiara

Sebahagian ibu bapa yang turut hadir bagi memeriahkan majlis

SAMBUTAN RAMADHAN DAN PERTANDINGAN MEWARNA TABIKA KEMAS KG BHARU(L)

Tabika KEMAS Kg Bharu telah berjaya mengadakan sambutan Ramadhan bersama Ahli Jawatankuasa dan ibu bapa serta mengadakan pertandingan mewarna peringkat kanak-kanak pada 27 Mei 2016 bersamaan  20 Syaaban. .

Program ini telah di hadiri seramai 17 orang murid-murid, 20 orang ibu dan  Ahli Jawatankuasa.  Program menampakkan kemeriahan nya keceriaan dan gembira diwajah mereka.  Di harap, Tabika KEMAS Kg Bharu dapat mengadakan lagi program-program yang dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara ibu bapa, ahli Jawatankuasa dan pihak Tabika.

Pertandingan mewarna 

Barisan murid yang berjaya mendapat tempat


Barisan Ajk dan ibu bapa yang hadir