Wednesday 18 May 2016

PROJEK MINI MURAL KAMI

TBK KEMAS Kg Dato Seri Kamaruddin telah mengadakan satu projek mini mural yang di kendalikan sendiri oleh kanak-kanak mengikut kreativiti masing-masing bertemakan Pendekatan Pendidikan Agama Islam iaitu huruf-huruf hijaiyah. Projek ini memberi peluang kepada kanak-kanak untuk melahirkan idea kreatif mengikut kreativiti masing-masing. Kanak-kanak juga dapat mengenal warna sambil meneroka warna-warna campuran yang mereka hasilkan sendiri. Disamping kerjasama yang erat dengan rakan-rakan yang lain, kanak-kanak juga berasa gembira dengan aktiviti ini. Projek mini mural ini dijalankan dalam tempoh jangka masa yang panjang sehingga akhir tahun persekolahan. Kita tunggu dan lihat hasilnya nanti...........................
#TANTANJEOPAH#
WARNA CANTIK-CANTIK TAW.......
KALAU CAMPUR WARNA NI O.K TAK???


No comments:

Post a Comment