Sunday 22 May 2016

PROGRAM FREE MARKET MESRA RAKYAT JULUNG KALI DIADAKAN

*Assalamualaikum* ..
Laporan pelaksanaan Program KEMAS Parlimen Lumut adalah seperti berikut:

Program : Program Free Market Mesra Rakyat KEMAS Parlimen Lumut dengan kerjasama KRT Taman Samudera

TARIKH: 22 Mei 2016 (Ahad)

LOKASI: Gelanggang Futsal Taman Samudera

JUMLAH PESERTA: 300 orang

*PENCERAMAH / PENGISIAN PROGRAM* :

1) Menerima barang2 terpakai/agihan bungkusan makanan secara percuma diberi kpd org ramai yg berkunjung secara percuma juga.

2) Pertandingan mewarna Kanak-kanak Tabika KEMAS, Perpaduan Dan Pasti.

3) Penerangan isu-isu semasa
Penceramah : Encik Azmi Ismail, Penyelia KEMAS Pasir Salak

Perasmian Penutup:
YBhg Dato' Azri Bin Jaafar
PEGAWAI KHAS KEPADA YAB MB Perak

*KOMEN PENGUNJUNG/PENAMBAHBAIKAN PROGRAM* :

- Mengharapkan program sebegini akan diadakan lg semasa bulan Ramadhan nanti dan dari masa kesemasa kerana ianya amat baik memberi pendedahan kpd Masyarakat dan penerangan yang berguna.

- Dpt merapatkan lagi silatulrahim dikalangan penduduk di taman2 kerana mereka jarang bertemu apabila masing2 bekerja.

- Pertandingan mewarna gabungan dari Tabika yg ada dlm taman dpt memberi saingan hebat kpd kanak2 bagi meningkatkan lg prestasi mewarna kanak2

- Program seperti ini dapat diteruskan lagi dan memberi lebih banyak pendedahan mengenai isu-isu semasa

- Cetusan idea yg berguna dan pertama kali dijalankan juga menampakkan potensi yg harus diteruskan bg merapatkan lg ukhwah masyarakat di taman.

- ceramah ketatanegaraan yang cukup menarik minat para pengunjung mengetahui situasi politik dan isu semasa dalam negara.

Terima kasih..

No comments:

Post a Comment