Monday 30 November 2015

MAJLIS PELANCARAN SUDUT LALUAN BENCI DADAH PERINGKAT DAERAH MANJUNG

Majlis Pelancaran Sidut Laluan Benci Dadah Daerah Manjung telah diadakan di Kg Dato Seri Kamaruddin pada 30 Disember 2015. 

Tn Mohamad Faris b Mohd Hanif Pegawai Daerah Manjung merangkap Pegerusi Pemadam Peringkat Daerah dalam ucapan nya mengatakan selain fokus agenda pembangunan, kemakmuran, ksejahteraan dalam Mukim berkenaan pemadam perlu menzahirkan kepada Generasi Muda supaya membenci dadah. Melantik pegerusi JKKK untuk menyebarluaskan mengajak masyarakat menjauhi dadah.

Pelbgai medium yg ada cabaran dan dugaan utk usaha kearah nilai tambah yang baik kepada masyarakat supaya benci kepada dadah dan tidak bejangkit kepada dadah. Pengerusi JKKK , KRT  harus mengadakan sudut untuk menzahirkan kesedaran bahawa benci kepada dadah dengan mengadakan replika dan tempat yg sesuai dgn kos,  masyarakat dan semangat. 


Pemadam akan mengadakan program keseimbangan membenci dadah. Mengucapkan terima kasih kepada YB dan jawatankuasa JKKK yang hadir.

Ucapan perasmian oleh YB Dato Rashidi b Ibrahim di sudut laluan anti dadah Daerah Manjung mengatakan bahawa bermula laluan Daerah Manjung dengan Kg Panchor dan berakhir di Ulu Kayan di bawa masuk melaui laluan air dan darat dari Lumut. Ranking dadah di peringkat negeri Perak dan Manjung adalah yg tinggi dari 10 Daerah ranking 1-5.  Di Malaysia kerajaan mengambil pendekatan mendidik menjauhi dadah sejak dari sekolah lagi.

Turut hadir Penghulu kanan Tn Hj Marzuki,
Asp Tuan Fadli Shah Ketua Balai Polis Daerah Manjung, Penghulu2 Mukim, Ketua2 jabatan

Turut memeriahkan majlis anugerah pelajar cemerlang UPSR turut di beri. Seramai 3 org pelajar anak Kg KDSK yg bersekolah d SKKDSK yg berjaya mendapat 4A dan 5A dlm peperiksaan yg lalu

Sunday 29 November 2015

SUKANEKA SANTAI KELAS PKK KEMAS PARLIMEN LUMUT

Pada 29/11/2015 telah berlangsung Program Sukaneka Santai di Padang Bola Keranjang, Sitiawan.

Program yang bermula pada jam 8.30 pagi dihadiri oleh peserta-peserta dari 6  kelas  PKK yang mewakili Taman Desa Bayu, Fasa 3B, Kg Deralik, Kg Sitiawan, Taman Manikavasagam dan Taman Sri Batik.

Program berlangsung dengan pelbagai aktiviti diantaranya mewarna dewasa, gubahan buah juga congkak. Hampir 70 orang yang hadir memeriahkan program.

Turut hadir Pn Kamariah bt Long yang merupakan Penyelia PKEM.

Pegawai KEMAS Daerah Manjung En Nor Heazi Aswal bin Hj Norbani merasmikan penutupan program.

Thursday 26 November 2015

MAJLIS SEMPENA PERTANDINGAN JAHITAN

Tarikh: 24/11/2015
Tempat: Bengkel   jahitan pkm.
Aktiviti: majlis hari lahir peserta dari april hingga disember.
Kehadiran: 50 org.

Diadakan juga 3 pertandingan iaitu baju koperat(peserta peralihan), masukkan benang ke dlm jarum dan jahitan mata lalat.

Aktiviti ini meraikan tamatnya kursus untuk peserta peralihan navy yg bermula dari jun- nov. Dan diakhiri dgn penyampaian hadiah kepada pemenang dan cenderahati untuk tenaga pengajar.

Wednesday 25 November 2015

PERSIAPAN MAJLIS GRADUASI TASKA KEMAS LUMUT

Pada hari rabu (25hb november 2015) Taska Permata KEMAS 1,2 dan PEKA telah membuat persiapan majlis graduasi yang akan berlangsung pada 16hb disember 2015.

Pada jam 9.30 pagi persiapan membuat kertas kerja majlis graduasi dan tagging di Kelas PKM2.

Setelah selesai kami menyiapkan doorgift yang dilakukan di kelas Taska PKM 1, semua guru taska KEMAS terlibat.

Setelah selesai pada jam 12.00 kami berkumpul di Orient Star Resort Lumut dimana kami melihat keadaan dewan dan membuat perbincangan mengenai hiasan dalaman dan luar dewan.

Pada jam 2 kami pergi makan tengahari ke sunlight cafe sitiawan. Kami bersurai pada jam 3.00 ptg.

Tuesday 24 November 2015

Program Komuniti Sihat Perkasa Negara (KOSPEN) JKKK Kampung Sitiawan

SITIAWAN - 7/11/2015 : Program Komuniti Sihat Perkasa Negara (KOSPEN) anjuran JKKK Kampung Sitiawan dengan kerjasama KEMAS Daerah Manjung dan Klinik Kesihatan Sitiawan telah diadakan di Dataran Hujung Tanjung Kampung Sitiawan.



Program ini telah dirasmikan oleh Pegawai Daerah Manjung Tn Mohamad Fariz bin Mohamad Hanip. berbagai acara dipertandingkan diantaranya adalah:

Pertandingan Mewarna
Pertandingan Memancing
Pertandingan Sepak Takraw
Pertandingan Memasak Kerabu Pucuk Paku
Sukaneka

Selain pertandingan tersebut terdapat juga acara senamrobik dan pemeriksaan kesihatan yang dijalankan oleh sukarelawan yang terlatih.



Ketua kampung En Mohamad Bakhid bin Hj Alwi bersama AJK JKKK dan Sukarelawan telah bersama-sama bertungkus lumus bagi menjayakan program ini. Program yang bermula seawal pukul 7.30 pagi telah berakhir pada pukul 12.30 tengahari dengan penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan. Pihak KEMAS Manjung telah diberi penghargaan dan dilantik sebagai pengadil pertandingan masakan.


Diharap program sebegini dapat dijalankan lagi bagi memeriahkan lagi kampung  yang terlibat. Tahniah kepada JKKK Kg Sitiawan, KEMAS Daerah Manjung dan Klinik Kesihatan Sitiawan kerana telah berjaya mengendalikan program dengan meriah dan jayanya.
Seramai 200 orang telah hadir di program ini dan telah mendapat sambutan yang menggalakkan. 

"OTAK YANG SIHAT, LAHIR DARI KESIHATAN YANG BAIK"














Monday 23 November 2015

MAJLIS BACAAN YASSIN PESERTA KELAS BINA INSAN PADANG TEMBAK

Pada hari isnin 23/11/2015 pada jam 3 petang telah diadakan Majlis Yassin dan Doa Selamat di rumah Puan Samiah Bt Hamid di Kg Padang Tembak.

Majlis ini diadakan  bertujuan untuk memohon keselamatan dan kemudahan sepanjang menunaikan Umrah.

Puan Samiah akan berangkat pada 18/12/2015. Majlis dihadiri penduduk kampung seramai 25orang dan di ketuai oleh Ustazah Rafidah bt Mohamed