Thursday, 5 November 2015

LAWATAN PENDIDIKAN TABIKA KEMAS ZON SITIAWAN KE PETROSAINS KLCC

29 oktober 2015.Lawatan Pendidikan Zon Sitiawan n Kg Bharu ke Petrosains KLCC  dan Snowalk ICT Shah Alam.

Kekuatan anggota yg trut serta dlm lawatan ini adalah terdiri dpd 44 org pelajar tabika dan 44 orang dewasa termasuk 3org PM,PPMS ,Pengerusi,AJK dan ibubapa dengan menaiki 2 buah bas.

Bas bergerak pada jam 530 pagi dan berhenti menunaikan solat subuh di Masjid Al Khairiah Bt 10,Lekir.

Perjalanan diteruskan dan berhenti sarapan di RNR Ulu Bernam.
Rombongan selamat tiba di Petrosains KLCC pd jam 11 pagi. Kmi.menuju ke tingkat 4 bngunan berkembar Petronas dan mengambil tempahan tiket untuk lawatan tesebut.

Di sana kami telah dipandu oleh seorang volunteer Petrosains bg memperkenalkn peralatan dan kaedah yg digunakan dalam carigali minyak.kanak2 dpt merasai situasi berada di pelantar minyak.

Di sana kami juga memasuki pameran 3D mengenai kehidupan haiwan zaman dahulukala sperti dinasour dan lain2. Kanak2 juga diberi peluang utk membuat aktiviti sains yg disediakan oleh pihak penganjur. Kami berada di Petrosains selama 2 jam setengah.

Kemudian kami brgerak ke taman rekreasi KLCC utk menikmati juadah tengahari. Selesai pd jam 3ptg rombngan seterusnya bergerak ke ICT Shah Alam. Tiba pd jam 445 ptg dan menunaikan solat jamak di surau ICT.

Kami dismbut oleh Ms Khar Huey kakitangan ICT yg brtugas utk pembayaran tiket masuk.

Selesai pemeriksaan tiket masuk kmi telah diberi jaket dan diberi sedikit tklimat mengenai peraturan di sana di mana sekiranya kami tidak tahan dengan keadaan sejuk di dlm Snowalk kami dibenarkan keluar di ruang yg dsediakan dan boleh masuk semula tanpa mengira had.

Kelihatan juga kanak2 dan ibubapa yg tidak tahan dengan kesejukan -12° celcius

No comments:

Post a Comment