Sunday 22 November 2015

MAJLIS GRADUASI KANAK KANAK TABIKA KEMAS PARLIMEN LUMUT 2015

LUMUT ~ Sabtu 20 November 2015 KEMAS Parlimen Lumut telah mengadakan Majlis Graduasi Kanak-Kanak Tabika KEMAS Parlimen Lumut di EMV Seri Manjung.

Jemputan seramai 1200 orang termasuk ibu-bapa dan kanak-kanak telah memenuhi ruang dewan ini.  Seramai 500 orang murid telah ditemani oleh seorang guru, pembantu dan ibubapa mereka.
Ketibaan ibu-bapa bermula pada seawal jam 7.30 malam telah memeriahkan suasana.

Turut hadir Penghulu2 Mukim, ketua2 jabatan, Ketua2 Kg dan pengerusi2 Tabika.

Ketibaan jemputan khas pada pukul 8.15 malam telah disambut dengan acara persembahan Silat kanak-kanak Tabika Zon Seri Manjung.

Tetamu kehormat Tn Hj Azri bin Jaafar Pegawai Khas Menteri Besar Perak, OCPD  Tengku Mohd Zailan bin Tengku Ahmad Shah IPD Manjung, En Firdaus  Azmir bin Md Noor Penolong Pegawai Daerah Pembangunan, En Ahmad Kamal Idris bin Hj Mohd Nawawi Pengarah KEMAS Negeri Perak, En Nor Heazi Aswal bin Hj Norbani Pegawai KEMAS Daerah Manjung dan Cik Solehah bt Jusoh Pegawai Operasi BPAK KEMAS Negeri Perak telah diiring masuk oleh kanak2 Silat dan disambut dengan lagu gamelan.

Alunan nyanyian lagu Negaraku dan lagu KEMAS dinyanyikan oleh semua jemputan dengan begitu semangat sekali menjadikan suasana semakin meriah.
Persembahan dimulakan dari Kanak-Kanak PPI iaitu persembahan Doa Dhuha dengan alunan muzik. Acara diteruskan lagi dengan Bacaan Doa oleh Adik Nor Muzamir bin Nor Heazi Aswal.

Ucapan Aluan dimulakan oleh Pengarah KEMAS Negeri Perak En Ahmad Kamal Idris bin Hj Mohd Nawawi.
Didalam ucapan beliau mengucapkan tahniah dan Syabas kepada kanak2 Tabika KEMAS Parlimen Lumut kerana pada hari ini kanak2 akan mendapat segulung Sijil Pendidikan Awal Kanak2.
Kata beliau lagi " Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kerana di Hari Potensi yang berlangsung di Perlis, KEMAS Parlimen Lumut telah berjaya melibatkan kanak2 dalam acara Silat dan Genderang yang telah berjaya sampai ke peringkat kebangsaan".

Seterusnya majlis diteruskan lagi dengan ucapan dari Yang berbahagia Tuan Haji Azri Bin Jaafar. Beliau amat kagum dengan bakat2 yang ada pada diri kanak2 KEMAS Parlimen Lumut ini. Dalam ucapan beliau berkata "Anak2 TADIKA KEMAS Parlimen Lumut ini telah diasuh dan dididik dengan begitu baik sekali sehinggakan mereka boleh menguasai apa yang diajar oleh guru mereka dengan berkesan". Seterusnya beliau menyeru agar ibubapa terus memberi kepercayaan kepada TABIKA2 KEMAS dimana jua mereka berada.

Setelah Selesai majlis dimulakan dengan Penyampaian Hadiah 3K Sempena Kempen " Manjung Terbersih" antara yang menerima anugerah ialah dari unit CPM, unit Tabika dan Taska Manjung.
Penyampaian sijil kumpulan pertama bermula selepas itu diiringi dengan persembahan Genderang Tabika KEMAS Pangkalan TLDM Lumut.

Persembahan Tarian 60an dari Tabika KEMAS Apartment Bukit Permata dan  Penyampaian cenderahati diberikan kepada Kanak-kanak yang telah terlibat di Hari Potensi KEMAS peringkat kebangsaan 2015. Disambung semula acara penyampaian Sijil Kumpulan Kedua. Persembahan Nasyid dari Tabika KEMAS Pangkalan TLDM Lumut.

Majlis diteruskan lagi dengan acara penyampaian sijil Kumpulan ketiga dan diakhiri dengan penutupan Persembahan Koir Guru-guru Tabika KEMAS Parlimen Lumut dan Kanak-Kanak Tabika KEMAS Batu 8 Lekir.
Di penghujung majlis ditamatkan dengan cabutan bertuah dan sesi bergambar.

Majlis telah diserikan lagi dengan pengacara majlis jemputan En Azmi Ismail penyelia KEMAS Pasir Salak yang digabungkan bersama Cik Shuhada Osman PM Tabika TLDM Lumut.

Majlis selesai pada jam 12.30 malam.

No comments:

Post a Comment