Monday 16 November 2015

MAJLIS KESYUKURAN DAN SAMBUTAN ULANGTAHUN KELAHIRAN KANAK2 TABIKA KEMAS PUSAT PEKA

Majlis Kesyukuran dan sambutan Ulangtahun kelahiran kanak2 tabika KEMAS PUSAT PEKA BT 10 LEKIR telah disambut bersama penyampaian hadiah kanak2 cemerlang 2015.

Sambutan yang berlangsung pada 17 November 2015 telah jelas menampakkan kegembiraan diwajah anak2 didik Tabika KEMAS ini.

Pengerusi Tabika KEMAS Pusat PEKA En Zul Amali telah diberi penghargaan memberi ucapan. Dalam ucapan beliau telah meluahkan rasa bersyukur kerana kanak2 didik Tabika KEMAS telah menampilkan kejayaan dan sehingga kini bakat anak2 ini telah sampai ke peringkat kebangsaan. Beliau juga merupakan anak didik KEMAS suatu masa dahulu.

Pn Rohani binti Alias Penyelia Pembangunan Desa/Perhubungan telah sudi hadir bagi merasmikan majlis tersebut. Dalam ucapan beliau menyatakan bahawa warga KEMAS Parlimen Lumut akan bersama2 ibubapa dan Ahli jawatankuasa semua bagi memperkasakan pendidikan anak2 dan melontarkan seluruh tenaga bagi memperjuangkan hasrat yang murni dalam mendidik anak2 di Tabika ini.

Majlis berakhir pada jam 12.30 ptg dengan nyanyian selamat panjang umur dan memotong kek sempena ulangtahun kelahiran anak2 Tabika KEMAS ini.

No comments:

Post a Comment