Thursday 19 November 2015

SAMBUTAN ULANGTAHUN KELAHIRAN KANAK KANAK TABIKA KEMAS KG TELUK KECHIL

Pada 18hb/11/2015. Tabika KEMAS Kg Teluk kechil mengadakan aktiviti jamuan akhir tahun beserta sambutan hari jadi kanak-kanak tbk dari bulan Jun hingga Disember.

Program ini di adakan pada waktu pagi bermula dari 8.30 sehingga 12.00 tghri dan diadakan di perkarangan luar dewan serbaguna kg teluk kechil.

Di antara aktiviti yang di lakukan ialah pertandingan mewarna kategori kanak-kanak tabika dan kategori kaum ibu-ibu.

Hampir semua ibu melibatkan diri dalam pertandingan mewarna. Selain dari itu, sebahagian makanan adalah drpd ibu-ibu anak murid tabika. 

Dengan setiap keluarga membawa juadah dapat semua merasa hasil masakan ibu-ibu yg lain dan mengeratkan lagi silaturahim antara ibu-ibu  murid tbk kg teluk kechil.

Hadiah di sampaikan oleh naib pengerusi iaitu cik Habibah Shahul Hameed.

Kehadiran seramai 27 org murid dengan lebih kurang 30 org dewasa.. Selepas selesai program, para ibu bekerjasama dalam membersihkan tempat.

Semangat kerjasama inilah harus d teruskan dalam permuafakatan dalam hubungan sesama manusia..

No comments:

Post a Comment