Thursday 12 November 2015

FAMILY DAY DAN SUKANEKA TASKA PERMATA PKM 2

7/11/2015. Taska Permata KEMAS telah mengadakan Family day dan Sukaneka pada hari sabtu.

Seramai 60 org kanak-kanak dan ibu-bapa yang hadir , yang turut serta memeriahkan sukan kami ialah Pn Rohani Yasin Penyelia Kanan Kawasan KEMAS Manjung.

Aktiviti bermula dengan lagu Negaraku, lagu Kemas dan lagu doraemon bagi senaman aerobik kanak-kanak.

Acara Kanak-Kanak yang telibat berumur 2-4 tahun iaitu seramai 19 orang. Setiap acara diiringi oleh 4 orang guru.

Antara aktiviti-aktiviti yang dilakukan bagi umur kanak-kanak 2 tahun ialah memasukkan objek dengan penyepit ke dalam bakul, memasukkan objek mengikut wrna ke dalam bekas.

Manakala kanak-kanak 3 tahun berjalan sambil membawa pundi kacang di kepala dan mengambil objek satu persatu di dalam setiap gelung dan memasukkan di dalam bekas.

Bagi kanak-kanak 4 tahun pula menyusun tin mengikut contoh yang diberikan dan memasukkan air ke dalam bekas menggunakan span.

Acara berpasangan telah diadakan bagi ibu-bapa iaitu melontar belon berisi air ke pasangan. Bagi acara ibu melontar tin dengan buah kelapa, bagi acara bapa jalan pintas dan menghabiskan buah tembikai.

Setelah selasai setiap acara kami mengadakan sesi fotografi dan penyampaian hadiah. Pada jam 11.00pg program kami berakhir

No comments:

Post a Comment