Tuesday 17 November 2015

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL KELAS JAHITAN DAN MASAKAN PESERTA PERALIHAN KEMAS LUMUT

17 November 2015 Majlis Penyampaian Sijil Kelas Masakan dan jahitan peserta peralihan TLDM telah diadakan dengan meriah nya di Ritz Garden Seri Manjung.

Majlis telah dirasmikan oleh Tn Hj Azri Bin Jaafar Pegawai Khas Menteri Besar Perak. Turut hadir wakil Pengarah KEMAS Negeri Perak En Jifridin bin Ismail Pegawai Operasi PKOM dan En Nor Heazi Aswal bin Hj Norbani Pegawai KEMAS Daerah Manjung.

Seramai 80 orang peserta peralihan telah mengakhirkan kursus Masakan dan Jahitan di Pusat Kegiatan Masyarakat KEMAS Seri Manjung. Kursus yang telah diikuti selama 6 bulan ini telah dimafaatkan dengan baik oleh semua peserta kelas. Disiplin dan minat serta kerjasama yang mereka tonjolkan amat memberi impak yang besar kepada KEMAS Parlimen Lumut.

Tn Hj Azri Bin Jaafar telah diberi penghargaan bagi menyampaikan ucapan sebagai penyuntik semangat kepada mereka yang keluar nanti akan bergelar Pesara. Dalam ucapan beliau telah menyentuh sedikit sebanyak pengalaman beliau semasa berada didalam angkatan tentera. Disiplin mereka didalam angkatan tentera diharap akan diteruskan sehingga mereka menjadi orang awam.

Majlis diserikan lagi dengan cabutan nombor bertuah yang mana setiap orang tidak akan kecewa kerana mereka semua yang hadir diberi penghargaan dengan membawa pulang hadiah cabutan bertuah ini.









No comments:

Post a Comment