Tuesday, 3 November 2015

MAJLIS KONVOKESYEN KEMAHIRAN MALAYSIA

31 Oktober 2015 Majlis Konvokesyen Kemahiran Malaysia kali ke 8 telah berlangsung dengan gilang gemilang di Dewan RTC Gopeng.

Majlis telah dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Ismail Sabri bin Yaakob Menteri KKLW Malaysia.

Seramai 319 orang Pelatih Penyelia Akedemi Kemahiran KEMAS telah dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap 3 dan 4, Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) tahap 4 dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) tahap 5.

KEMAS Parlimen Lumut turut berbangga diatas kejayaan Pn Rohani Md Yasin, Pn Rohani Alias dan Pn Kamariah bt Long dalam penganugerahan Diploma Lanjutan Kemahiran tahap 5.

Tahniah diatas kejayaan ini dan diharap ramai lagi kakitangan  KEMAS Parlimen Lumut yang mampu mencapai sehingga ketahap ini.

No comments:

Post a Comment