4hb/11/2015. Taska Permata KEMAS telah mengadakan lawatan kecil ke makmal komputer pada waktu Pembelajaran dan Pengajaran yang bertema ( komputer).
Kanak-Kanak yang telibat berumur 2-4 tahun iaitu seramai 19 orang. Aktiviti ini dilakukan pada pukul 10.00pg-11.00pg dan diiringi oleh 4 orang guru.
Aktiviti ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan kanak-kanak taska mengenai suasana di Makmal komputer.
Tenaga pengajar diketuai oleh cikgu Izzat, beliau menerangkan tentang komputer dan kegunaannya.
Setelah selesai kami pulang ke kelas masing-masing pada jam 11.00 pg
Aktiviti-aktiviti ini merangkumi dua aspek perkembangan deria dan pemahaman dunia persekitaran, pra-matematik dan pemikiran logik.
No comments:
Post a Comment