Wednesday 4 November 2015

MAJLIS BACAAN YASSIN KELAS BINA INSAN KEMAS KG DERALIK

Pada 27/10/2015 jam 3.00 ptg bertempat di Surau Al Istiqamah Kg Deralik, Sitiawan telah diadakan majlis bacaan Yassin dan tahlil yang
turut dihadiri oleh Hjh Nor  Sahamah bt Hj Takie
Ketua wanita UMNO merangkap AJK Wanita Bhg.Lumut yang juga merupakan Pengerusi kelas PKK dan Bina Insan KEMAS Kg Deralik.

Turut hadir Cik Latipah bt Shaari Ketua Wanita UMNO Kg Kayan AJK Wanita Bhg Lumut.

Sejumlah 15 orang peserta Bina Insan dan PKK hadir bagi menyempurnakan majlis.

Majlis bacaan Yassin dan Tahlil dilakukan bersempena pemergian ayahanda mertua cikgu PKK Pn Jamaliah binti Din dan salah seorang wanita UMNO yang telah pulang kerahmatullah kerana penyakit kanser payudara.

Bacaan diketuai oleh Ustazah Hafizah Binti Hari Pemaju Masyarakat Bina Insan Parlimen Lumut.

No comments:

Post a Comment