Monday 23 January 2017

COMELKAN TAPAK TANGAN SAYA...HIHI

Di awal persekolahan ini, mari kita banyakkan aktiviti bersama kanak-kanak supaya kanak- kanak ini lebih yakin dan seronok ke sekolah. Selain bermain, aktiviti seperti ini dapat meningkatkan kemahiran koordinasi mata tangan serta menerapkan minat kanak-kanak dalam kreativiti dan estetika di samping merangsang pertumbuhan otot tangan. wahhh... comel sungguh tapak tangan kanak-kanak ini. Kanak-kanak ini tidak tahu apa-apa, kita yang mencorakkannya... baik cara didikan baiklah jadinya andai buruk cara didikan maka buruklah akhlak mereka. Semoga kanak-kanak ini menjadi anak-anak yang berjaya dimasa hadapan. InsyaAllah

MMMM... JOM KAWAN-KAWAN KITA MAIN

Musim persekolahan telah pun bermula setelah hampir sebulan lebih kanak-kanak ini bercuti. Pelbagai ragam yang dapat dilihat oleh kanak-kanak yang berusia 4 hingga 6 tahun ini di awal sessi persekolahan. Ada yang tengok sahaja kawan-kawan lain bermain dan ada juga yang bermain menggunakan semua alat bahan yang diberikan. Emmmm mungkin hendak mencuba pelbagai cara dan gaya agaknya. Walau apapun kehendakmu wahai si cilik kamu semua tetap di hati cikgu.

LEMBUTNYA JARI JEMARIKU

Pada minggu pertama persekolahan bagi sessi 2017, kanak-kanak ini masih belum mahir dalam pengajaran dan pembelajaran selain kurangnya kemahiran koordinasi mata tangan. Oleh itu, bagi permulaan kita mahirkan dahulu jari jemari yang mulus ini dengan aktiviti membuat doh menggunakan tepung. Nampaknya aktiviti ini berjaya menarik minat mereka serta dapat menerapkan nilai-nilai murni dalam diri kanak- kanak iaitu berkongsi barang dan bertolak ansur di antara satu sama lain. Tahniah anak-anakku kerana anda telah berjaya melakukan dengan baik sekali.