Sunday 27 November 2016

GRADUASI PERINGKAT PARLIMEN

24 November 2016 Hari Graduasi Kecil Tabika KEMAS Bukit Permata Peringkat parlimen di Dewan MPM Manjung.Seramai 17 orang kanak-kanak 6 tahun terlibat pada hari ini bertemakan islamic.Ibubapa begitu teruja memgenakan pakaian yang sesuai untuk anak-anak mereka.Majlis pada hari ini bermula jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengahari.Hari graduasi ini juga di sertai oleh 69 buah tabika parlimen lumut yang semuanya dari kalangan 6 tahun.





Seisi persekolahan bagi tahun 2016 telah berakhir dengan jayanya,alhamdulillah.


MAJLIS AKHIR TAHUN 2016

22 November 2016 Majlis akhir tahun Tabika KEMAS Apartment Bukit Permata.Majlis pada hari ini dimulakan pada jam 9.00 pagi dengan bacaan doa oleh ustaz Tarmizi.Seterusnya majlis diteruskan dengan ucapan pengerusi En Mohamad Hazanizan.Majlis pada hari ini bagi meraikan sambutan hari lahir anak-anak tabika dan majlis bersama ibubapa.Semua kanak-kanak diberi hadiah kenangan untuk dibawa pulang.Pelbagai juadah juga dibawa oleh ibubapa walaupun pihak tabika juga menyediakan juadah.Semua yang hadir amat gembira dapat beramah mesra bersama-sama.





Alhamdulillah semuanya berjalan lancar,semoga anak-anak tabika KEMAS Bukit permata terus cemerlang.


GRADUASI KECIL ZON SAMUDERA

19November2016 Hari Graduasi Kecil Zon samudera di Virgo Batik Hotel & Spa.Majlis pada hari ini di rasmikan oleh Pegawai KEMAS Daerah Manjung en Nor Heazi Aswal bin Haji Norbani.Majlis pada hari ini juga merupakan gabungan 8 buah kelas yang terdiri daripada 175 orang kanak-kanak 4,5 dan 6 tahun.Hari graduasi ini turut di meriahkan degan kehadiran ibubapa yang memberi komitmen turut memeriahkan majlis.Bermula seawal jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 12 tengahari.





Alhamdulillah majlis berjalan lancar dan tahniah kepada semua kanak-kanak zon samudera.

Wednesday 16 November 2016

MARI BERGULING, MENIARAP DAN MERANGKAK

Pada 27 Oktober 2016 (khamis) Tabika KEMAS Kg Teluk Dalam, Pangkor telah mengadakan lawatan ke Balai Bomba dan Penyelamat yang  bertempat di Pekan Pangkor. Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan asas kepada kanak-kanak seperti merangkak, meniarap dan berguling. Selain itu kanak-kanak dapat mengenali peralatan yang digunakan olah pihak bomba bagi menyelamatkan mangsa. kanak-kanak juga begitu teruja apabila diberi peluang memakai baju bomba dan dapat menaiki trak bomba. Terima kasih kepada pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Pangkor kerana sudi menerima kehadiran kami.

MEWARNA DAN GRADUASI DI KEMAS4U

Pada 08 November 2016 Tabika KEMAS Taman Sri Wangi telah menyertai pertandingan mewarna dan juga Graduasi di program KEMAS 4U yang telah berjaya berlangsung di Beruas.   Pertandingan mewarna di sertai seramai 5 orang kanak-kanak yang berlangsung di sebelah pagi seawal 8.00 pagi proses pendaftaran dan tamat pada pukul 10.30 pagi.  Manakala Majlis Graduasi pula di adakan pada sebelah petang bermula pada pukul 2.30 petang dan berakhir pada 5.00 petang.

Bergambar kenangan 

Hasil setelah sejam mewarna

Susunan untuk perjalanan ke pentas

Senyum semuanya 

Tuesday 15 November 2016

SAMBUTAN HARI LAHIR

Pada 11 November 2016, Tabika KEMAS Taman Sri Wangi telah mengadakan sambutan hari lahir salah seorang anak murid iaitu Afina Maisarah binti Muhammad Taufik yang ke-5 tahun.  Ibu bapa Afina Maisarah telah menyediakan sebiji kek  dan juga makanan ringan.   Setiap kanak-kanak  di berikan set topi sambutan hari lahir.  

Masing-masing menggayakan pemaikaian topi dan topeng




Add caption


Wednesday 9 November 2016

JOM BERSUKAN

7 November 2016 acara sukan bagi semua kanak-kanak tabika.Sebanyak 3 acara suka yang di pertandingkan pada hari ini iaitu acara futsal,galah panjang dan treasure hunt.Bagi kanak-kanak tabika bukit permata hanya menyertai acara futsal dan galah panjang.Acara bermula seawal jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 1.00 petang.Walaupun hanya mendapat hadiah saguhati tetapi mereka telah berusaha dalam acara tersebut namun rezeki tidak menyebelahi anak2 bukit permata.Tahniah kerana telah mencuba sedaya upaya.Semoga berjaya di masa akan datang.




PERTANDINGAN MEWARNA

8 November 2016 pertandingan mewarna di Karnival KEMAS4U di padang perbandaran beruas.Acara bermula seawal jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 9.30 pagi.Seramai 300 orang yang menyertai pertandingan pada hari ini.Setiap tabika dari parlimen lumut dan beruas menghantar wakil bagi pertandingan pada hari ini.seramai 5 orang kanak-kanak Tabika KEMAS Bukit permata yang menyertai pertandingan mewarna pada hari ini.Seorang dari mereka berjaya mendapat hadiah dari 20 orang yang terbaik.Bagi yang tidak berjaya boleh cuba lagi di masa akan datang.






HAPPY BIRTHDAY TO AIDA&AINAA DAMIA

9 November 2016 Sambutan hari adik Nur Qashrina Aida yang ke 5 tahun dan Adik Aina Damia yang ke 6 tahun di Tabika KEMAS Apartment Bukit Permata.Semoga menjadi anak yang solehah dan berjaya di masa akan datang.Majlis yang bermula seawal jam 10.30 pagi dan berakhir pada jam 11.15 pagi.Seramai 23 orang kanak-kanak yang hadir pada hari ini bersama-sama meraikan hari lahir Aida dan Aina Damia.Terima kasih kepada ibubapa yang menyediakan kek dan gudis untuk semua kanak-kanak.




Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.Semua kanak-kanak gembira dapat menyambut hari lahir bersama rakan mereka.

Tuesday 8 November 2016

Happy birthday alif

18 November 2016 sambutan hari lahir buat adik muhammad alif firdaus di tabika Kemas Apartment Bukit Permata Lumut yang ke 6 tahun.Terima kasih pada ibubapa alif yang menyediakan kek dan gudis untuk kawan-kawan semua.



Kemeriahan sepanjang sambutan hari lahir alif semoga panjang umur dan menjadi anak yang soleh.

LAWATAN PENDIDIKAN KE KUALA LUMPUR

3 November 2016 Lawatan pendidikan kanak-kanak Tabika Kemas Apartment Bukit Permata ke Kuala lumpur.Seramai 62 orang yang telah menyertai lawatan ini yang terdiri daripada ajk,ibubapa
dan kanak-kanak.Sebanyak 7 buah bas yang terdiri daripada 295 orang keseluruhan yang menyertai lawatan pada kali ini dari zon samudera.Kami bergerak seawal jam 4.30 pagi dan pulang pada jam 11 malam.Program bermula ke petrosains,tugu negara dan muzium bank negara.




Kegembiraan terpancar di wajah anak-anaj yang begitu gembira sepanjang seisi lawatan pendidikan tahun 2016..