Wednesday 16 November 2016

MARI BERGULING, MENIARAP DAN MERANGKAK

Pada 27 Oktober 2016 (khamis) Tabika KEMAS Kg Teluk Dalam, Pangkor telah mengadakan lawatan ke Balai Bomba dan Penyelamat yang  bertempat di Pekan Pangkor. Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan asas kepada kanak-kanak seperti merangkak, meniarap dan berguling. Selain itu kanak-kanak dapat mengenali peralatan yang digunakan olah pihak bomba bagi menyelamatkan mangsa. kanak-kanak juga begitu teruja apabila diberi peluang memakai baju bomba dan dapat menaiki trak bomba. Terima kasih kepada pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Pangkor kerana sudi menerima kehadiran kami.

No comments:

Post a Comment