Friday 4 November 2016

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN TABIKA KEMAS KG BARU 2016

Pada 04 November 2016 Tabika KEMAS Kg Baru Telah berjaya mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Kanak-Kanak Tabika KEMAS. 2016.   Majlis di adakan di Dewan Orang Ramai Kg Baru.  Kehadiran seramai 20 orang kanak-kanak dan sekitar 40 orang dewasa iaitu ibu bapa, ahlijawatankuasa serta masyarakat setempat.  Turut hadir pada majlis tersebut wakil dari Jabatan KEMAS Parlimen Lumut iaitu Puan Rohani Alias.  Majlis ini juga turut di hadiri oleh Ketua Kg Kampung Baru iaitu Encik Khairil Haji Badrin.  Majlis di turut serta oleh Pengerusi Tabika iaitu Dato' Ahmad Zamri serta Bilal Masjid Kg Baru iaitu Encik Ainol Jufri.

Barisan ibu bapa guru serta Puan Rohani

Ucapan ringkas daripada Puan Rohani Alias

Pemberian Hadiah Akhir tahun kepada kanak-kanak Tabika

Majlis Anugerah Kecemerlangan Tabika KEMAS Kg Baru ini telah memilih tema merah sebagai satu lambang yang bersemangat di kalangan ibu bapa dan ahlijawatankuasa dalam melaksanakan majlis ini.  Tahniah buat Pemaju Masyarakat yang berjaya mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan ini pada kanak-kanak Tabika,




No comments:

Post a Comment