Friday 23 October 2015

MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG ANGGOTA KEMAS PERAK

YAB DS MB bersama anggota KEMAS ng Perak di Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2014.

23 Oktober 2015 telah berlangsung dengan jaya nya majlis tersebut di kediaman Menteri Besar Perak.

YAB Dato' Seri Diraja Dr Zambry bin Abd Kadir sudi merasmikan majlis yang amat meriah ini.

Tahniah kepada kakitangan KEMAS Parlimen Lumut seramai 8 orang berjaya mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.

Teruskan memberi perkhidmatan yang cemerlang sehingga ke perkhidmatan terakhir dalam KEMAS..

Thursday 22 October 2015

MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATI

22 Oktober 2015
Khamis
9.00 pg-1.30 tghari

Program kesihatan "SAYA NAK SIHAT" merupakan program anjuran kelas PKK BARU 3,SEGARI bersama LPPKN.

Program ini dijalankan didewan Batu 3, Segari. Seramai 40 org peserta yg hadir dalam program tersebut.

Program SAYA NAK SIHAT ini di hadiri oleh Penyelia KEMAS Lumut iaitu Pn Rohani Bt Md Yasin.
Turut hadir sama dlm program tersebut En Aziz B Awang selaku Ketua Kampung  Batu 3, Segari dan Pn Teh Mariah Bt Hashim, Ketua Wanita Cawangan Batu 3.

Seramai 3 orang pemaju masyarakat yang terlibat dalam program tersebut iaitu NUR RABIATUL NADZIRAH BT YASMI (PM PKK),MOHD ZAWIR IZZAT  (PM LITERASI KOMPUTER) dan HANISAN ZAITI (PM TABIKA).

Program tersebut bertujuan menyedarkan masyarakat bahawa pentingnya menjaga kesihatan diri, Selain itu,program tersebut juga bertujuan untuk menjadikan komuniti disitu sifar penyakit.

MESYUARAT PENGGERAK BERSAMA JKKK KG TELUK KECHIL PULAU PANGKOR

Mesyuarat Bulanan JKKK dan Penggerak Bersama JKKK Kg. Teluk Kechil, Pulau Pangkor pada 22.10.2015 (Khamis) Masa 9.00 mlm di Dewan JKKK Kg. Teluk Kechil, Pulau Pangkor.

Turut hadir Tn Hj Asmadi Teh, Ketua Cwgn Kg Teluk Kechil dan En. Rashidi Ketua Balai Polis Pulau Pangkor.

LAWATAN PENDIDIKAN KE PAPA JOHN'S PIZZA AEON STATION 18 IPOH


Lawatan Pendidikan ke Papa John's Pizza Station 18 Ipoh pada 22 Oktober 2015 Khamis yang melibatkan 5 buah TABIKA KEMAS ZON LEKIR UTARA iaitu Tabika KEMAS Taman Cempaka, Tabika KEMAS Taman Emas, Tabika KEMAS Taman Keris, Tabika KEMAS Pasir Panjang dan Tabika KEMAS Felcra Lekir. 

Seramai 60 orang murid, 10 orang Pemaju Masyarakat dan PPMS juga 20 orang AJK 

Kanak-kanak begitu teruja kerana dapat merasai peluang dan pengalaman yang tidak pernah mereka rasai selama ini.

 Mereka mendapat pengalaman baru membuat pizza dari seawal menguli doh sehingga lah memasak pizza tersebut. Akhir nya mereka dapat merasai dan menikmati pizza dari hasil tangan mereka sendiri. 

Pengalaman diluar kehidupan dan aktiviti seharian kanak kanak.



LAWATAN PENDIDIKAN KE PAPA JOHN'S PIZZA AEON STATION 18 IPOH



Lawatan Pendidikan ke Papa John's Pizza AEON Station 18, Ipoh pada 22 oktober 2015 khamis.
Disini kanak-kanak mendapat peluang untuk merasai pengalaman pembuatan pizza dari seawal menguli doh sehinggalah memasak pizza tersebut dan akhir sekali dapat menikmati pizza hasil tangan kanak-kanak sendiri. Ia merupakan satu pengalaman diluar kebiasaan kehidupan dan aktiviti seharian kanak-kanak.
Penyertaan seramai 60 kanak2, PM /PPMS seramai 10 orang dan AJK seramai 20 orang.

Tabika yang terlibat:

1. Tabika KEMAS TAMAN CEMPAKA
2. Tabika KEMAS TAMAN EMAS
3. Tabika KEMAS TAMAN KERIS
4. Tabika KEAMAS PASIR PANJANG
5. Tabika KEMAS FELCRA LEKIR








Wednesday 21 October 2015

MESYUARAT JKKK KG PUNDUT/LUMUT BERSAMA PENGGERAK KEMAS LUMUT

21 Oktober 2015 jam 8.30 malam satu mesyuarat JKKK Tersusun Pundut Lumut telah diadakan di Dewan GDW Kg Tersusun Pundut/ Lumut.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Tn Hj Mohd Zainal bin Adnan selaku pengerusi JKKK.

Turut hadir ADO Firdaus Dari Pejabat Tanah dan Daerah Manjung, En Sabdin Bin Idris Penghulu Mukim Lumut, wakil IPD Manjung dan Penggerak KEMAS Parlimen Lumut Pn Rohani bt Alias.


MESYUARAT KOMUNITI SIHAT PERKASA NEGARA KAMPUNG TELAGA NENAS

Program Pengurusan Berat Badan Komuniti Sihat Perkasa Negara (KOSPEN) mula dirancang untuk perlaksanaan pada tahun 2015 dan Kampung Telaga Nenas telah terpilih bagi menjalankan program ini bagi Daerah Manjung.

Program ini akan dilaksanakan oleh Sukarelawan, dibimbing oleh pasukan i-NCD Klinik dan pasukan i-NCD Daerah Manjung.

KEMAS Parlimen Lumut terlibat secara langsung dalam program ini dibawah naungan Pegawai KEMAS Daerah Manjung En Nor Heazi Aswal bin Hj Norbani.

Penyelaras KOSPEN diperingkat KEMAS Parlimen Lumut, Pn Rohani bt Alias telah turut serta dalam mesyuarat tersebut yang mana Sukarelawan dari kakitangan  KEMAS turut terlibat secara langsung dalam program ini nanti.

Objektif program ini adalah membantu peserta KOSPEN yang mempunyai faktor risiko berlebihan berat badan dan obesiti didalam mencapai berat badan unggul.

Diharap program yang sebegini akan dapat mengurangkan berat badan yang berlebihan disamping mencapai tahap berat badan yang unggul seperti yabg disarankan oleh Kementerian Kesihatan.

" BADAN SIHAT, OTAK CERGAS"

KEMAS LUMUT MEWAKILI ACARA FORMULA 1 PERINGKAT KEBANGSAAAN

21 Oktober 2015

Latihan intensif untuk Hari Potensi Peringkat Kebangsaan. Kanak2 dari TABIKA KEMAS Fasa 3A, Seri Manjung, Perak  dan guru pengiring Pn Habibah bt Shaari hampir telah menjalani latihan intensif acara padang di PKM Sg Siput.

Tn Pengarah KEMAS Negeri Perak En Kamal Idris hadir pagi ini bagi memberikan semangat kepada kontejen Perak yg gigih berlatih...

PERAK MEMBURU EMAS...