Thursday 15 October 2015

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PERLANTIKAN TEAM MEDIA KEMAS LUMUT

15 Oktober 2015 Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan Team Media KEMAS Lumut telah diadakan di Pusat Kegiatan Masyarakat KEMAS Parlimen Lumut.

Watikah telah di sampaikan oleh Pegawai KEMAS Daerah Manjung En Nor Heazi Aswal Bin Hj Norbani.

Seramai 27 orang kakitangan KEMAS Parlimen Lumut telah dilantik secara rasmi oleh Pegawai KEMAS Daerah Manjung dengan harapan team media ini dapat menjalankan tugas dengan lancar agar segala aktiviti dan laporan dapat disalurkan kepada pihak KEMAS Negeri tepat pada masa yang diperlukan.

Pegawai KEMAS Daerah Manjung En Nor Heazi sebagai penaung Team Media ini, telah memaklumkan mengenai tugas-tugas khas gerak kerja Team Media. Dalam ucapan beliau menyarankan supaya Team Media dapat bergerak pantas seiring dengan kehendak dan arahan Pengarah Negeri Perak dan masyarakat setempat.

Team Media KEMAS Parlimen Lumut dipengerusi oleh Pn Rohani Bt Alias Penyelia Pembangunan Desa/Perhubungan. Beliau mengucapkan Tahniah kepada mereka yang telah dilantik sebagai jawatankuasa Team Media oleh Pegawai KEMAS Daerah Manjung. Dalam ucapan beliau mengharapkan Team Media ini dapat merialisasikan gerak kerja yang hebat dan sentiasa siap siaga dalam menerima arahan dari masa ke samasa bagi memantapkan lagi barisan jawatankuasa Team Media.

TEAM MEDIA KEMAS LUMUT BOLEH!

No comments:

Post a Comment