Tuesday, 20 October 2015

SAYANG ARNAB PELIHARAAN KAMI

Pada bulan Disember tahun 2013 Tabika KEMAS Kg Dato' Seri Kamaruddin telah memeliha seekor arnab betina yang diberi nama Putih.

Setelah dijaga selama 2 bulan, seorang ibu kepada kanak-kanak tabika telah memberikan arnab jantan untuk dipelihara bersama Si Putih.
Arnab jantan tersebut telah diberi nama Cokelat oleh kanak-kanak kerana bulunya yang seakan-akan keperangan warna coklat.

Pada bulan November tahun 2014 Pembantu Pemaju Masyarakat amat terkejut apabila mendapati terdapat 3 ekor bayi arnab yang menyerupai cacing besar yang membuatkan beliau berasa sangat teruja.
Bayi arnab itu telah terjatuh ke tanah dan berada dalam keadaan kesejukan. Kami telah mengambil bayi arnab tersebut dan memasukkan ke dalam kotak bersama Si Putih dan mengajarnya supaya memberi susu kepada anaknya memandangkan Si Putih tidak pandai menjaga anaknya.

Pada keesokan harinya di dapati 2 ekor anaknya telah mati kesejukan dan tinggallah seekor sahaja bayi arnab yang hidup.
Setelah 2 minggu bayi arnab tinggal bersama Si Putih dia telah menjadi besar dan sudah pandai makan dan minum sendiri.

Kami asingkan anak Si Putih dan Cokelat di kandang yang lain dan memasukkan kembali Putih bersama Cokelat ke dalam kandang yang sama.
Setelah 3 minggu Si Putih melahirkan anak lagi dengan cara yang sama.

Sehingga sekarang terdapat tujuh ekor arnab yang sedang membesar. Ade ibu bapa dan penduduk sekitar yang datang untuk membeli arnab kami tetapi kami tidak menjualnya.

'KAMI SANGGAT SAYANG ARNAB KAMI'....

No comments:

Post a Comment