Tuesday 17 September 2013

SAMBUTAN HARI RAYA KEMAS PARLIMEN LUMUT DISAMBUT MERIAH

KEMAS PARLIMEN LUMUT MERIAH
 
Detik kegembiraan KEMAS Parlimen Lumut bersama masyarakat setempat telah diabadikan dalam Majlis sambutan Hari Raya dan sambutan Kemerdekaan yang ke 56 pada 30 Ogos 2013 jam 3,00 petang di Perkarangan Pusat Kegiatan Masyarakat KEMAS Parlimen Lumut.
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Tn Pengarah KEMAS Negeri Perak Tuan Ahmad Kamal Idris bin Hj Mohd Nawawi,Ketua-ketua Jabatan, UMNO Bahagian Lumut, JAwatankuasa Aktiviti KEMAS Parlimen Lumut dan juga masyarakat setempat. 

Majlis yang diselitkan bersama dengan alunan muzik Akustik dari Samudera dan persembahan Fesyen Busana Muslimah dari pelajar Institut Latihan KEMAS Seri Iskandar telah memeriahkan lagi majlis ini.
Disamping itu juga majlis ini turut meraikan pelajar cemerlang UPSR, SPM dan STPM juga tidak dilupakan kepada anak-anak Yatim sekitar Manjung.Mereka ini telah mendapat sedikit sumbangan dari PUSPANITA Daerah Manjung dan juga Wanita UMNO Bahagian Lumut.
Kemeriahan majlis ini dapat dirasai oleh semua hadirin kerana ditambahkan lagi dengan acara cabutan nombor bertuah yang begitu banyak sekali dimana hadiah ini telah ditaja oleh syarikat-syarikat yang bermurah hati untuk memeriahkan majlis ini.

Selain itu hadirin semua dihidangkan dengan pelbagai jenis juadah yang menyelerakan dan pondok-pondok makanan yang disediakan oleh setiap Pemaju Masyarakat mengikut Unit dan Zon.

Jawatankuasa Buliten KEMAS Parlimen Lumut mengambil kesempatan mengucapkan jutaan Terima Kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam mengendalikan majlis ini. Kepada Ahli Jawatankuasa Aktiviti KEMAS dan semua Warga KEMAS Parlimen Lumut Terima Kasih Daun Keladi, InsyaAllah di tahun hadapan kita berjumpa lagi dalam majlis yang sama.