Sunday 19 January 2014

MAJLIS MAULIDUL RASUL TBK TLDM LUMUT

Majlis Perarakan Maulidul Rasul mendapat sambutan yang meriah dari kalangan ibubapa, kanak-kanak TBK TLDM yang diketuai oleh Lans Koperal Ustaz Faridzul bin Azami pada 16 Januari 2014 di perkarangan TBK TLDM jam 8. 30 pagi.

 Majlis ini dipengerusikan oleh PWI Mohamad Zulman bin Zakaria.
 Kanak-kanak dan ibubapa dibawa berarak bermula di perkarangan TBK dan keluar melalui jalan  ARMADA PERNAMA dan berpatah balik ke perkarangan TBK dengan Selawat yang memuji kebesaran Rasulullah SAW.

 
Kemudian mereka berkumpul didalam dewan dimana majlis perasmian dimulakan dengan ucapan dari Pengerusi TBK Komander Yusman bin Ostadi TLDM. Dalam ucapan beliau meyarankan agar ibubapa memberi lebih pendedahan tentang peribadi Rasullulah SAW kepada anak-anak.

 Majlis diserikan lagi dengan kehadiran Lans Koperal Ustaz Faridzul bin Azami Sebagai penceramah di majlis tersebut. Ceramah yang disampaikan mengenai kisah kehidupan Rasulullah SAW. Ceramah tersebut telah mendapat perhatian yang baik dari ibubapa, kanak-kanak dan hadirin yang dijemput khas.


Tumpuan yang begitu mengasyikkan, menampakkan hadirin  begitu berminat dengan penyampaian ustaz dalam ceramah tersebut.

Majlis berakhir pada jam 11.00 pagi dengan sedikit jamuan.

KEMAS Parlimen Lumut mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang teribat terutama Pengerusi dan AJK, penceramah undangan, guru-guru, kanak-kanak, ibubapa dan hadirin sekelian yang telah meluangkan masa untuk menghadirkan diri dalam majlis sambutan Maulidul Rasul pada tahun ini. 

Saturday 18 January 2014

PEMANTAUAN PERLAKSANAAN SESI PERTAMA PENGGAL 1 TABIKA KEMAS TLDM

Pemantau telah dilaksanakan pada 7/1/2014 jam 8.00 pagi di Kompleks Pra Sekolah TLDM Lumut. Semua penyelia pelbagai jurusan terlibat dan di ketuai oleh Pegawai KEMAS Daerah Manjung En Nor Heazi Aswal Bin Hj Norbani.




Pemantauan dibuat mengikut garis panduan yang telah ditetapkan dan diberi oleh KEMAS Negeri Perak. 

Perlaksanaan ini dilakukan setiap awal persekolahan untuk menilai tahap pencapaian dan persediaan guru dalam mengendalikan kanak-kanak setelah kembali memulakan tugasan yang diamanahkan disamping memantau segala kelengkapan peralatan berada dalam keadaan baik. 

Ini bertujuan bagi menyakinkan ibubapa menghantar anak-anak belajar di TABiKA KEMAS.


Kelas berada dalam keadaan yang tersusun rapi dan segala kelengkapan dan persediaan guru dalam melaksanakan tugasan amat baik.


Dari tinjauan yang dilakukan guru dan murid telah bersedia dalam proses pengajaran dan pembelajaran.




Semua sudut-sudut ilmu dan alat bantu juga telah disediakan dengan baik bagi memudahkan kanak-kanak menggunakan nya apabila perlu.








Akhir sekali pemantauan mengenai penyediaan makanan dan menu juga dibuat agar kanak-kanak mendapat hak mereka dengan sebaik nya.


Disini peranan PPMS juga dipantau. Menu dan makanan disediakan mengikut garis panduan yang telah disyorkan oleh jabatan. 




Alhamdulilah pemantauan perlaksanaan TBK telah pun selesai dengan lancar dan mendapat komitmen yang baik dari semua yang terlibat. 

Tahniah kepada Pengerusi TBK, AJK, Guru-guru, PPMS dan kanak-kanak yang telah berusaha bersama-sama Pegawai KEMAS Daerah Manjung dan semua penyelia pelbagai jurusan bagi memantapkan lagi pengurusan dan pentadbiran TABIKA KEMAS TLDM Lumut. 

Sunday 12 January 2014

PROGRAM PEMERKASAAN EKONOMI NASIONAL (PENA)

Program Pemerkasaan Ekonomi Nasional ini telah berlangsung pada 11/1/2014 di Dewan Seri Iskandar UiTM Seri Iskandar jam 2.00 petang.

Program ini telah dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir Menteri Besar Perak pada jam 5.00 petang. 


Kehadiran yang mendapat sambutan diluar jangkaan ini, melibatkan pelbagai Agensi, Jabatan, NGO, Politik, JKKK, Sukarelawan dari seluruh Negeri Perak. Program ini mendapat sokongan dari semua lapisan masyarakat dan kaum.




Diantara pengisian yang ada dalam program ini ialah mengenai Badjet 2014 yang telah disampaikan oleh YB Dato' Hj Ahmad Bin Hj Maslan Timbalan Menteri Kewangan Malaysia. 



Hadirin begitu kusyuk mendengar taklimat yang disampaikan oleh Timbalan Menteri Kewangan ini kerana mereka adalah diantara yang bakal membawa pulang ilmu mengenai badjet dan juga GST ini kepada masyarakat di kawasan masing-masing.

Dengan semangat yang begitu mengkagumkan ini, diharap wakil dari seluruh Negeri Perak ini akan dapat membawa amanat yang dipikul dengan sebaik nya kepada masyarakat.

Hadirin terhibur dengan senda gurau dari Dato' Hj Ahmad Maslan dimana beliau telah memanggil insan yang tertua yang ada didalam dewan. Insan yang bertuah ini telah dihadiahkan dengan senaskah buku yang ditulis oleh YAB Dato Najib Perdana Menteri Malaysia.

Pengisian yang kedua adalah mengenai GST. 
Diharap dengan adanya pendedahan awal mengenai GST ini, masyarakat akan dapat menerima baik apa yang telah diatur oleh kerajaan untuk kebaikan bersama.


KEMAS Parlimen Lumut mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak penganjur kerana telah memberi ruang dan peluang kepada kami untuk menyertai program yang amat bermakna ini. 



Pada hari ini terdapat ramai nya anggota KEMAS dari seluruh Negeri Perak turut hadir dimana tidak ketinggalan juga Pengarah KEMAS Negeri Perak Encik Ahmad Kamal Idris Bin Nabawi turut hadir bersama dan menampakkan kehebatan KEMAS sebagai Jabatan yang sentiasa memberi komitmen didalam apa juga majlis dan program. 

Friday 10 January 2014

DEMONSTRASI JAHITAN TUDUNG 3 LAYER UNIT BPM KEMAS LUMUT


Demonstrasi jahitan Tudung 3 Layer telah diadakan pada 9 Januari 2014 bermula jam 9.30 pagi, bertempat di Bengkel Jahitan KEMAS Parlimen Lumut . Dengan penyertaan dari Pemaju Masyarakat Unit BPM dan Penyelia seramai 15 orang. 

Pn Hasmani bt Kamarudin dan Cik Farahwahida bt Zabidi merupakan tenaga pengajar yang telah bertungkus lumus membantu semua Pemaju Masyarakat unit BPM ini.






Matlamat demonstrasi ini diadakan adalah bertujuan memberi pendedahan awal kepada guru-guru BPM ini bagi memantapkan diri dan punyai ilmu untuk mengajar dan berhadapan dengan peserta kelas masing-masing kelak.




Dengan adanya ilmu menjahit tudung 3 layer ini  kepada guru-guru diharap semua peserta kelas dapat memberi sokongan dan komitmen dalam proses pembelajaran di kelas masing-masing disamping pelajaran yang lain.





Setiap PM telah diberi seorang satu set kain untuk dijahit sehingga siap. Dalam proses pembelajaran ini pelbagai karenah dapat dilihat dan ianya mewujudkan rasa kemesraan dan toleransi antara satu sama lain.



Semangat gotong royong juga dapat dipupuk kerana setiap seorang PM itu, berlainan kemahiran nya. 

Akhir nya tudung 3 layer ini dapat juga disiapkan dalam masa yang singkat. Alhamdulilah ilmu ini dapat dimafaatkan. Terima kasih kepada tenaga pengajar dan juga yang terlibat sepenuh masa dalam demonstrasi ini. 

"Hahaha... Dah siap pun"


Tahniah KEMAS Parlimen Lumut telah dapat merealisasikan impian setiap Pemaju Masyarakat dan seterus nya kepada peserta kelas.