Sunday 28 February 2016

PERLANTIKAN JAWATANKUASA TABIKA KEMAS TAMAN CEMPAKA

28 Febuari 2016 - Mesyuarat Agung Tabika KEMAS Taman Cempaka telah berlangsung pada pukul 9.00 pagi pada hari ini.
Kehadiran seramai 15 orang, selain daripada ibu bapa, beberapa ahli jawatankuasa bagi tahun 2015 juga turut hadir bagi menjayakan mesyuarat pada kali ini.

Mesyuarat telah dirasmikan oleh Pn.Rohani bt Alias selaku Penyelia Perhubungan KEMAS Parlimen Lumut. Banyak info dan maklumat yang telah beliau sampaikan terutamanya berhubung perkara yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak seperti perlaksanaan kelas Penghayatan Pendidikan Islam yang telah bermula pada 1 Febuari yang lalu serta sedikit penerangan mengenai kelas Tabika Berprestasi Tinggi yang bertujuan memberi pendidikan kepada kanak-kanak sebagai persediaan kepada mereka untuk menempuhi dunia globalisasi yang semakin mencabar dan selari dengan pembangunan yang semakin pesat.

Lantikan Ahli jawatankuasa pada kali ini telah menampilkan ramai muka baru yang mana mereka merupakan ibubapa kanak - kanak Tabika KEMAS Taman Cempaka bagi tahun 2016. Jawatan bagi pengerusi pada tahun ini telah disandang oleh En. Abdul Wahab b. Marfuat yang menggantikan En.Harizar b.Harun yang telah memegang jawatan pengerusi selama 3 tahun.

Pengerusi yang baru dilantik sangat berharap semua Ahli jawatankuasa yang telah dilantik memberikan kerjasama dalam setiap aktiviti dan program yang telah dirancang kerana tanpa sokongan daripada ahli jawatankuasa dan ibubapa segala yang dirancang tidak akan dapat mencapai objektif yang disasarkan. Mesyuarat telah ditangguhkan pada jam 10.30 pagi.

Thursday 25 February 2016

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL KELAS PKK KEMAS BT 7 LEKIR

Kelas Pendidikan Kesejahteraan Keluarga Kg Tersusun Batu 7 Lekir telah mengadakan Majlis Penyampaian Sijil Kelas PKK.

Pengerusi kelas tersebut Pn Jamaliah bt Hassan merangkap Duta Kenali Ubat Anda telah mengabungkan majlis tersebut dengan taklimat dari Farmasi Sitiawan bagi memperjelaskan lagi mengenai ubat- ubatan yang perlu dijaga.

Turut hadir Pn Rohani Bt Alias Penyelia Perhubungan KEMAS telah merasmikan majlis tersebut.

MESYUARAT JAWATANKUASA TINDAKAN DAERAH (JKTD)

25 Februari 2016 Jam 8.30 pagi bertempat di Pejabat Daerah dan Tanah Manjung telah diadakan mesyuarat tindakan daerah bagi menyelaraskan dan melaksanakan tugasan yang perlu diselesaikan.

Tuan Pegawai Daerah Manjung mempengerusikan mesyuarat tersebut.

Semua ketua-ketua jabatan turut hadir.

MESYUARAT AADK DAERAH MANJUNG

25 Februari 2016 Pejabat Daerah dan Tanah Manjung telah diadakan satu meyuarat Membanteras Dadah Daerah Manjung bil 1/2016.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Tuan Pegawai Daerah Manjung. Turut hadir semua ketua-ketua jabatan Daerah Manjung dan Ngo yang terlibat.

Tuesday 23 February 2016

BENGKEL KELUARGA BAHAGIA

PERASMIAN PENUTUP BENGKEL KELUARGA BAHAGIA Memperkasakan Ajen Perubahan Masyarakat Peringkat Negeri Perak Anjuran Bersama PERSATUAN PENGASIH MALAYSIA dan KPWKM

21.2.2016  
3.00 ptg
di KEJORA GARDEN RESORT PULAU PANGKOR
DIRASMIKAN OLEH : YAB MENTERI BESAR PERAK,
TURUT HADIR : TN PEGAWAI DAERAH MANJUNG, YDP MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG, YDP PENGASIH MALAYSIA.
PESERTA : SEMUA PENGERUSI DAN JKKK ZON PANGKOR DAN  WAKIL  AGENSI.

Friday 19 February 2016

PERLANTIKAN AJK AKTIVITI KEMAS TAMAN MOHD WAZIR

20 Februari bertempat di Tabika KEMAS Taman Mohd Wazir telah melaksanakan tugas dan tanggungjawab dalam mesyuarat dan Perlantikan AJK bagi sesi 2016 pada pukul 10.00pg.

Mesyuarat berjalan lancar dengan kehadiran peserta dan ibubapa kelas tersebut yang memberi komitmen yang menggalakkan.

Turut hadir wakil KEMAS Parlimen Lumut Pn Rohani bt Alias Penyelia Pembangunan Desa dan Perhubungan telah merasmikan mesyuarat tersebut.

Pengerusi Aktiviti KEMAS Taman Mohd Wazir merangkap Ketua Kampung Batu 10 Lekir En Mohd Ramli bin Busu turut hadir bagi melancarkan lagi mesyuarat dan perlantikan.

Diharap barisan jawatankuasa yang telah dilantik dengan sokongan sebulat suara, dapat menjalankan tugas dan amanah ini bagi melancar dan menjayakan aktiviti dan program dengan hati yang ikhlas.

Semoga apa jua yang dilakukan dengan bersungguh2 akan mendapat keredhoan Ilahi..

TAHNIAH! MESYUARAT PERLANTIKAN AKTIVITI KEMAS PKM MANJUNG DENGAN JAYA NYA

Pada hari Sabtu 20 Februari 2016 Mesyuarat Agong 2016 telah diadakan di Pusat Kegiatan Masyarakat KEMAS Manjung. Pendaftaran bermula pada jam 8.00 pagi.

Seramai 150 orang yang hadir di kalangan ibu-bapa dan peserta dari setiap unit di Pusat Kegiatan Masyarakat.

Mesyuarat telah disempurnakan oleh Pegawai KEMAS Daerah Manjung En Nor Heazi Aswal bin Hj Norbani.

Tujuan mesyuarat diadakan adalah bertujuan untuk membincangkan laporan perlaksanaan pada tahun dan Pelantikan Induk dan jawatankuasa 2016.

Majlis selesai pada jam 11.00 pagi diikuti penyampaian cenderahati kepada vip dan sesi bergambar bersama ajk-ajak yang baru dilantik.

Thursday 18 February 2016

TABIKA KEMAS TLDM BERJAYA MENJALANKAN MESYUARAT DAN PERLANTIKAN JAWATANKUASA

Mesyuarat Agung dan perlantikan jawatankuasa TABIKA KEMAS TLDM bagi tahun 2016 telah berlansung pada 18.02.2016 jam 2.30 ptg.

Mesyuarat di mulakan dengan sesi pendaftaran untuk ibubapa dan kehadiran seramai 280 orang.

Mesyuarat dimulakan dengan bacaan doa dan ucapan daripada PEGAWAI KEMAS DAERAH Manjung  En Nor Heazi Aswal B. Hj Norbani.

Selesai sahaja ucapan bermula mesyuarat agong TABIKA KEMAS TLDM dan dipengerusikan oleh N. Pengerusi tabika iaitu L.T.KDR. Sarkinin B.Tokaichan TLDM..

Seterusnya sesi soal jawab bersama ibubapa dan membentangkan isu-isu di tabika KEMAS TLDM.

Sesi pembubaran AJK 2015 dan perlantikan AJK 2016 dijalankan.

Selesai sahaja sesi perlantikan dimulakan kami mengakhiri mesyuarat agong dengan cabutan bertuah dan sesi jamuan makan bersama ahli jawatankuasa TABIKA KEMAS TLDM.