Wednesday 17 February 2016

MESYUARAT AGONG DAN PERLANTIKAN JAWATAKUASA KELAS PKK TAMAN DESA BAYU

17 Februari 2016 bertempat di Taman Desa Bayu telah diadakan mesyuarat Agong dan perlantikan jawatankuasa aktiviti KEMAS.

Mesyuarat bermula jam 9.00 pagi dipengerusikan oleh tenaga pengajar Pn Jamliah bt Din. Dengan kehadiran 30 orang peserta kelas.

Turut hadir Penyelia Pembangunan Desa/ Perhubungan Pn Rohani bt Alias bagi merasmikan mesyuarat tersebut.

Mesyuarat dan lantikan AJK telah berjalan dengan jaya nya. Pengerusi kelas PKK kekal kepada Hjh Datin Rohimah bt Abd Latiff.

Diharap barisan jawatankuasa dapat menjalankan tanggungjawab dengan penuh keyakinan dan memberi komitmen yang baik demi kejayaan kelas PKK Taman Desa Bayu dari masa kesemasa.

No comments:

Post a Comment