Monday 8 February 2016

PERJUMPAAN YAB MB BERSAMA KETUA-KETUA KAMPUNG PARLIMEN LUMUT

Ucapan YAB MB Sempena Perjumpaan dgn Ketua2 Kampung Parlimen Lumut pada 8 Feb 2016.

1. Pentadbiran yg baik dtg dari pentadbiran akar umbi yg sempurna.  Tidak sempurna sesuatu pentadbiran jika top to bottom atau bottom to up yg tak bagus.

2. Setiap ketua kg wajib tahu setiap inci kawasan pentadbirannya termasuk setiap orang dlm kampungnya.

3. Perpecahan dlm kampung berlaku kerana pemahaman yg berbeza2. Tugas ketua kampung adalah untuk mengatasi perbezaan ini.

4. Kwsn Parlimen Lumut perlu ada extra effort. Pengharapan masyarakat agak tinggi. Kerana kwsn YAB MB.

5. Hubungan baik antara pentadbiran kampung, mukim, daerah perlulah dijaga dgn baik. Sistem telah wujud. Kerajaan yg memerintah telah tetapkan kaedah dan tatacara pentadbiran yg ada.

6. Segala perancangan infrastruktur, pengurusan bencana perlu meliputi setiap lapisan masyarakat tanpa mengira fahaman politik dan agama. Bersikap adil dgn semua.  Pendekatan yg berhemah, mungkin akan melembutkan pihak2 yg bertentangan pendapat dgn kita.

7. Bercampurlah dgn masyarakat. Ketua kampung mestilah ke masjid/surau.  Masyarakat Melayu sgt sensitif dgn isu agama. Pemimpin sentiasa diperhatikan oleh masyarakat. Antara perkara asas yg penting:
- masjid
- nikah kahwin
- kematian
- kenduri kendara

8. Jagalah kerjasama dgn semua lapisan pentadbiran daerah dan seluruh lapisan masyarakat.

No comments:

Post a Comment