Monday 27 April 2015

MENGECAH LEBIH BAIK DARI BERUBAT

PROGRAM KOSPEN KAMPUNG TELAGA NANAS


Kampung Telaga Nanas 17.4.2015 bermula  9.00 pagi telah diadakan Program KOSPEN dengan kerjasama KEMAS dan Kesihatan.   

Aktiviti dijalankan sempena Program AMANAH IKHTIAR.
2 orang jururawat Desa turut membantu dan memberi 
 tunjuk ajar.  Seramai 12 orang peserta telah menjalani pemeriksaan tersebut.
2 orang lelaki dan10 orang wanita.

10 orang sukarelawan telah memberi khidmat.

Diharap dengan adanya aktiviti KOSPEN ini penduduk kampung dapat mengesan
penyakit mereka dari peringkat awal lagi.

Program berakhir jam 12.00 tengahari


PEMERIKSAAN GULA DALAM DARAH


MENGAMBILREKOD PESERTA

MENGAMBIL BMI


PEMERIKSAAN TEKANAN DARAH


KEMASKINI REKOD KESIHATAN

MENGECAH LEBIH BAIK DARI BERUBAT

Bengkel Mingguan BPM ( Menjahit Lapik Angkat Periuk)

Lapik Angkat Periuk

Bahan-Bahan :

1. Benang
2. Kain Cotton Kosong
3. Kain Cotton Corak

4. Bahan Jahitan
5. Span keping

6. Dasar Lapik Angkat Periuk

Cara - Caranya ;







1. Buat dasar mengikut rekabentuk lapik angkat periuk yang diingini.



2. Potong kain dan span keping mengikut dasar lapik angkat periuk.




3. Letak susun kain cotton kosong, span dan kain cotton corak. Kemudian jelujur supaya semasa menjahit, kedudukan kain dan span menjadi cantik.


4. Menjahit mengikut corak yang di lukis.






5. Cantumkan kain yang dijahit.



6. Untuk mencantikkan lagi lapik angkat periuk, kita boleh tambahkan aksesori seperti kain renda dan lain-lain bahan mengikut kreativiti masing-masing.



JENG..!! JENG..!! JENG..!!
Maka siaplah lapik angkat periuk kita.
Sekian.

Wednesday 22 April 2015

TBK TLDM SERTAI PERTANDINGAN MEWARNA ANJURAN FAMA

Pada 22 April 2015 seramai 100 orang kanak-kanak TABIKA KEMAS TLDM telah menyertai pertandingan merwarna di PERNAMA anjuran FAMA.Pertandingan ini bermula pada jam 3 petang dan berakhir pada jam 5 petang.

Pengurus Operasi FAMA EN SABRI HJ LASEH telah merasmikan pertandingan tersebut seterusnya menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Pertandingan mewarna ini diadakan sempena sambutan ulang tahun HARI TENTERA LAUT YANG KE 81.Tema untuk pertandingan mewarna ini ialah BUAH-BUAHAN TEMPATAN.

Selain itu juga, pihak FAMA turut menyedia alatan mewarna kepada kanak-kanak yang menyertai pertandingan tersebut.

Kanak-kanak diberi hadiah saguhati dan hadia kepada pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga.

Hadiah tersebut merupakan wang tunai yang bernilai Rm100 untuk tempat pertama,Rm80 tempat kedua manaka Rm50 untuk tempat ketiga dan hamper.

Tempat pertama di menangi oleh Kelas Ixora Nur Liyana Sakinah manakala tempat kedua pula di menangi oleh Kelas Anggerik Nurain Insyirah dan tempat ketiga di menangi oleh Kelas Seroja Nur Hadirah Ahna.

Majlis diakhir dengan penyampain hadiah kepada pemenang.

Sunday 19 April 2015

SARDIN PASTRY PUFF

Kelas memasak pada harini kami membuat sardine pastry puff. Macam macam ilmu dipelajari harini.

Kelas terdiri daripada para remaja, kaum lelaki dan jugak kanak kanak

PEANUT COCOA BALL MENARIK MINAT KANAK-KANAK

Tarikh-10/4/2015
Jam-9.00-12.00 PTG
Tempat- PKK Batu 3, Segari
Kehadiran- 30 org peserta
Menu- Peanut Cocoa Ball
Jenis- Snack
Tema- Party Time

Resepi

500 g kcg tanah ( sangai dan kisar kasar)
200g betik merah
200g kulit oren
1/2 tin susu pekat
400g coklat bar*
3 sudu shortening*

Cara-caranya

Cmpurkan ksemua bhan kecuali yg bertanda*
Kepalkan menjadi bentuk bebola
Simpan di dalam chiller
Selama 1/2 jam

Cairkan coklat bar bersama shortening, celupkan peanut ball dan simpan semula kedalam chiller selama 1/2 jam

Sedia untuk dinikmati....

PIZZA KELAS PESERTA PUSAT MASAKAN PKM MANJUNG

Hari ini kelas Pusat Masakan buat pizza....sambutan amat menggalakkan. Ini adalah salah satu modul yang dipelajari untuk peserta-peserta pusat masakan...

Thursday 9 April 2015

BAHAN TERBUANG BUNGA SUDU PLASTIK MENCERIAKAN RUANG TAMU

Bahan2 yg diperlukan 

1 peket sudu plastik yg pendik 

1 btl mineral yg kecik  

1 peket dawai 18cm 

1 gulung pelilit hijau  

1dozen daun bunga dizy  

1 peket putik bnga glu gan 

1 keping crep hijau 

gunting 

surat khabar