Wednesday 22 April 2015

TBK TLDM SERTAI PERTANDINGAN MEWARNA ANJURAN FAMA

Pada 22 April 2015 seramai 100 orang kanak-kanak TABIKA KEMAS TLDM telah menyertai pertandingan merwarna di PERNAMA anjuran FAMA.Pertandingan ini bermula pada jam 3 petang dan berakhir pada jam 5 petang.

Pengurus Operasi FAMA EN SABRI HJ LASEH telah merasmikan pertandingan tersebut seterusnya menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Pertandingan mewarna ini diadakan sempena sambutan ulang tahun HARI TENTERA LAUT YANG KE 81.Tema untuk pertandingan mewarna ini ialah BUAH-BUAHAN TEMPATAN.

Selain itu juga, pihak FAMA turut menyedia alatan mewarna kepada kanak-kanak yang menyertai pertandingan tersebut.

Kanak-kanak diberi hadiah saguhati dan hadia kepada pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga.

Hadiah tersebut merupakan wang tunai yang bernilai Rm100 untuk tempat pertama,Rm80 tempat kedua manaka Rm50 untuk tempat ketiga dan hamper.

Tempat pertama di menangi oleh Kelas Ixora Nur Liyana Sakinah manakala tempat kedua pula di menangi oleh Kelas Anggerik Nurain Insyirah dan tempat ketiga di menangi oleh Kelas Seroja Nur Hadirah Ahna.

Majlis diakhir dengan penyampain hadiah kepada pemenang.

No comments:

Post a Comment