Monday 6 April 2015

BERSAMA ANGGOTA TLDM MENYERTAI PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA

Tabika KEMAS TLDM Lumut telah mengadakan Gotong-royong Perdana pada 4.04.2015. Gotong-royong tersebut diadakan pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 12.30 pagi.
                           

Gotong-royong tersebut dihadiri oleh Pengerusi Tabika KEMAS TLDM iaitu KDR AZAHAR b. NGAH AHMAD, naib pengerusi,  AJK Tabika, guru, pembantu dan ibu bapa kanak-kanak.

 Selepas itu,pengerusi Tabika menjalankan simbolik menanam Pokok Bunga Jejarum (Ixora).





 Gotong-royong tersebut dimulakan dengan sesi pendaftaran pada jam 8.00 pagi dan seramai 185 orang yang menghadiri. Seterusnya acara senamrobik dijalankan oleh 3 orang juru latih Tentera Laut.


Seorang ahli AJK Tabika memberi taklimat dan pembahagian tugas dalam menjalankan aktiviti gotong-royong.Gotong-royong bermula dari jam 9.15 pagi dan berakhir  jam 12.30 pagi.

Ibu bapa membersih sekitar kawasan sekolah dan bilik-bilik khas seperti surau, bilik peralatan, kantin,tandas dan dewan Tabika.

                                     

Selesai menjalankan aktiviti gotong-royong tersebut semua ibu bapa menikmati jamuan yang dibawa oleh mereka sendiri dan majlis bersurai. 

No comments:

Post a Comment