Monday 23 January 2017

COMELKAN TAPAK TANGAN SAYA...HIHI

Di awal persekolahan ini, mari kita banyakkan aktiviti bersama kanak-kanak supaya kanak- kanak ini lebih yakin dan seronok ke sekolah. Selain bermain, aktiviti seperti ini dapat meningkatkan kemahiran koordinasi mata tangan serta menerapkan minat kanak-kanak dalam kreativiti dan estetika di samping merangsang pertumbuhan otot tangan. wahhh... comel sungguh tapak tangan kanak-kanak ini. Kanak-kanak ini tidak tahu apa-apa, kita yang mencorakkannya... baik cara didikan baiklah jadinya andai buruk cara didikan maka buruklah akhlak mereka. Semoga kanak-kanak ini menjadi anak-anak yang berjaya dimasa hadapan. InsyaAllah

MMMM... JOM KAWAN-KAWAN KITA MAIN

Musim persekolahan telah pun bermula setelah hampir sebulan lebih kanak-kanak ini bercuti. Pelbagai ragam yang dapat dilihat oleh kanak-kanak yang berusia 4 hingga 6 tahun ini di awal sessi persekolahan. Ada yang tengok sahaja kawan-kawan lain bermain dan ada juga yang bermain menggunakan semua alat bahan yang diberikan. Emmmm mungkin hendak mencuba pelbagai cara dan gaya agaknya. Walau apapun kehendakmu wahai si cilik kamu semua tetap di hati cikgu.

LEMBUTNYA JARI JEMARIKU

Pada minggu pertama persekolahan bagi sessi 2017, kanak-kanak ini masih belum mahir dalam pengajaran dan pembelajaran selain kurangnya kemahiran koordinasi mata tangan. Oleh itu, bagi permulaan kita mahirkan dahulu jari jemari yang mulus ini dengan aktiviti membuat doh menggunakan tepung. Nampaknya aktiviti ini berjaya menarik minat mereka serta dapat menerapkan nilai-nilai murni dalam diri kanak- kanak iaitu berkongsi barang dan bertolak ansur di antara satu sama lain. Tahniah anak-anakku kerana anda telah berjaya melakukan dengan baik sekali.

Thursday 15 December 2016

MAJLIS PERPISAHAN DAN JAMUAN AKHIR TAHUN

PAda 26 November 2016, Tabika KEMAS Kg. Teluk Dalam, Pangkor telah mengadakan Majlis Perpisahan dan Jamuan Akhir Tahun bagi sessi 2016. Program ini diadakan bertujuan ùntuk memberi penghargaan dan tànda kenang keñangan kepada kanaķ-kanak dan ibu bapa yang hadir. Antara aktiviti yang diadakan ialah penyampaian hadiah kepada kanak-kanak 4 hingga 6 tahun, penyampaian hadiah kepada kanak-kanak cemerlang 1 hingga 3 dan sessi cabutan bertuah bagi ibubapa. Alhamdulillah majlis ini berjalan dengan lancar dan meriah hasil dari kerjasama dari semua pihak. Terima kasih saya ucapkan atas kerjasama yang begitu jitu, semoga hubungan erat ini akan terus berkekalan hingga ke syurga. Turut hadir Pengerusi Tabika KEMAS Tn Hj. Mohd Rejab bin Ismail.

Sunday 27 November 2016

GRADUASI PERINGKAT PARLIMEN

24 November 2016 Hari Graduasi Kecil Tabika KEMAS Bukit Permata Peringkat parlimen di Dewan MPM Manjung.Seramai 17 orang kanak-kanak 6 tahun terlibat pada hari ini bertemakan islamic.Ibubapa begitu teruja memgenakan pakaian yang sesuai untuk anak-anak mereka.Majlis pada hari ini bermula jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengahari.Hari graduasi ini juga di sertai oleh 69 buah tabika parlimen lumut yang semuanya dari kalangan 6 tahun.





Seisi persekolahan bagi tahun 2016 telah berakhir dengan jayanya,alhamdulillah.


MAJLIS AKHIR TAHUN 2016

22 November 2016 Majlis akhir tahun Tabika KEMAS Apartment Bukit Permata.Majlis pada hari ini dimulakan pada jam 9.00 pagi dengan bacaan doa oleh ustaz Tarmizi.Seterusnya majlis diteruskan dengan ucapan pengerusi En Mohamad Hazanizan.Majlis pada hari ini bagi meraikan sambutan hari lahir anak-anak tabika dan majlis bersama ibubapa.Semua kanak-kanak diberi hadiah kenangan untuk dibawa pulang.Pelbagai juadah juga dibawa oleh ibubapa walaupun pihak tabika juga menyediakan juadah.Semua yang hadir amat gembira dapat beramah mesra bersama-sama.





Alhamdulillah semuanya berjalan lancar,semoga anak-anak tabika KEMAS Bukit permata terus cemerlang.


GRADUASI KECIL ZON SAMUDERA

19November2016 Hari Graduasi Kecil Zon samudera di Virgo Batik Hotel & Spa.Majlis pada hari ini di rasmikan oleh Pegawai KEMAS Daerah Manjung en Nor Heazi Aswal bin Haji Norbani.Majlis pada hari ini juga merupakan gabungan 8 buah kelas yang terdiri daripada 175 orang kanak-kanak 4,5 dan 6 tahun.Hari graduasi ini turut di meriahkan degan kehadiran ibubapa yang memberi komitmen turut memeriahkan majlis.Bermula seawal jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 12 tengahari.





Alhamdulillah majlis berjalan lancar dan tahniah kepada semua kanak-kanak zon samudera.