Saturday 23 July 2016

MESYUARAT JKKK BIL7/2016 KAMPUNG SUNGAI PINANG BESAR, PULAU PANGKOR, PERAK.

Pada 23 Julai 2016 telah diadakan Mesyuarat JKKK Kampung Sungai Pinang Besar, Pulau Pangkor, Perak. Seramai 16 orang ahli jawatankuasa hadir bagi menghadiri mesyuarat dan membincangkan pelbagai isu dan masalah yang dihadapi oleh penduduk Kampung Sungai Pinang agar setiap setiap permasaalahan yang berlaku dapat diatasi dan diselesaikan dengan baik dan saksama. Turut hadir pada mesyuarat tersebut ialah Penyelia Dun Pangkor, Pn Rohani Bt Yassin.

Friday 22 July 2016

KHATAM AL QURAN KELAS BINA INSAN PASIR PANDAK

Pada tarikh 21/7/2016 jam 3.00 petang telah berlangsung Majlis Khatam Al-Quran dan Jamuan Hari Raya di Dewan Orang Ramai Kg Pasir Pandak. Turut serta Ketua Wanita cawangan Pasir Pandak Puan Noor Aishah binti Omar dan Penyelia Bina Insan Ustazah Rafidah bt Mohammed. Majlis dihadiri oleh peserta bina insan, PKK juga penduduk kampung seramai 30 orang.

Sunday 17 July 2016

SAMBUTAN HARI LAHIR DAN JAMUAN HARI RAYA

Pada 15 Julai 2016 bersamaan 10 Syawal, Tabika KEMAS Taman Sri Wangi telah mengadakan Sambutan Hari Lahir Kanak-kanak yang bernama Aisy Nur Raisya dan Nur Izara  jatuh pada bulan Julai.   Berikutan dari sambutan hari lahir ini, pihak tabika juga mengadakan sekali Jamuan hari raya bersama ibu bapa dan Ahlijawatankuasa tabika.  Sehubungan dengan itu, pengerusi Tabika turut hadir bagi memeriahkan sambutan dan dapat beramah mesra antara ibu dan ahlijawatankuasa.  Kanak-kanak tabika sungguh gembira dan ceria pada sambutan tersebut.

Aisy Nur Raisya dan Nur Izara 
Sebahagian ibu bapa dan ahlijawatankuasa yang hadir

Thursday 14 July 2016

HAPPY BIRTHDAY PERMATA HATI KU

15 Julai 2016 riang ria syawal di Tabika KEMAS Apartment Bukit Permata Lumut.Seterusnya sambutan hari lahir bagi kanak-kanak yang lahir pada bulan April,Mei,Jun dan Julai.
Seramai 9 orang kanak-kanak yang diraikan pada hari ini.Semuanya dengan berwajah ceria dengan berpakaian hari raya.

Kemeriahan pada hari ini lebih dirasai kerana ada diantara ibubapa yg turut memberi kek sempena hari lahir anak mereka.

Majlis yang bermula pada jam 11 pagi itu berakhir sehingga jam 12 tengahari di sambut meriah bersama kanak-kanak.

Friday 1 July 2016

AKTIVITI PROJEK KUIH RAYA 2016

Pada 29 Jun 2016 bersamaan 25 Ramadhan TABIKA KEMAS Kg. Teluk Dalam, Pangkor telah mengadakan aktiviti projek Membuat Kuih Raya bersama kanak-kanak tabika. Aktiviti ini dilihat dapat meransang minat kanak-kanak dalam bidang masakan kerana daripada reaksi mereka menunjukkan mereka sangat seronok dan teruja ketika menyiapkan kuih raya dan tidak sabar untuk merasa kuih yang disediakan. Selain itu aktiviti ini dapat memahirkan koordinasi mata tangan ketika menggentel kuih tersebut dan dapat menerapkan nilai-nilai murni seperti bekerjasama dan bertolak ansur antara satu sama lain. Alhamdulillah aktiviti projek ini berjalan dengan lancar dan kanak-kanak dapat membawa balik hasil kerja tangan mereka ke rumah.