Friday 1 July 2016

AKTIVITI PROJEK KUIH RAYA 2016

Pada 29 Jun 2016 bersamaan 25 Ramadhan TABIKA KEMAS Kg. Teluk Dalam, Pangkor telah mengadakan aktiviti projek Membuat Kuih Raya bersama kanak-kanak tabika. Aktiviti ini dilihat dapat meransang minat kanak-kanak dalam bidang masakan kerana daripada reaksi mereka menunjukkan mereka sangat seronok dan teruja ketika menyiapkan kuih raya dan tidak sabar untuk merasa kuih yang disediakan. Selain itu aktiviti ini dapat memahirkan koordinasi mata tangan ketika menggentel kuih tersebut dan dapat menerapkan nilai-nilai murni seperti bekerjasama dan bertolak ansur antara satu sama lain. Alhamdulillah aktiviti projek ini berjalan dengan lancar dan kanak-kanak dapat membawa balik hasil kerja tangan mereka ke rumah.

No comments:

Post a Comment