Sunday 5 April 2015

LAWATAN KOMANDER TENTERA LAUT TURKI KE TABIKA KEMAS TLDM

Pada 31.03.2015 satu lawatan daripada delegaso TURKI yang disempurnakan oleh isteri kepada KOMANDER TENTERA LAUT TURKI iaitu Puan Belgin Ergenc Bostanoglu ke Tabika KEMAS TLDM.

Beliau tiba pada pukul jam 2.30 ptg dan berakhir pada pukul 3.00ptg. Masa yang kami gunakan untuk menerangkan kepada beliau tentang persekitaran Tabika selama setengah jam.



Beliau telah melawat di sekitar kawasan Tabika antaranya ialah bilik bacaan kanak-kanak, bilik bacaan guru, bilik komputer, dewan Tabika dan juga kantin. Pihak tabika ada menyediakan beberapa aktiviti.


Contohnya permainan tradisional di Malaysia iaitu kanak-kanak bermain permainan congkak,pembelajaran menggunakan IT seperti komputer, sesi pembelajaran di dalam kelas dan juga penerangan tentang MENU makanan kanak-kanak di Tabika.



Sebagai tanda penghargaan beliau mengadakan lawatan di Tabika KEMAS TLDM pihak kami telah memberi cenderhati berbentuk LABU SAYUNG yang menjadi kebanggaan di negeri Perak kepada beliau.



No comments:

Post a Comment