Sunday 5 April 2015

GOTONG ROYONG PERDANA TASKA PERMATA KEMAS PKM 1 LUMUT 2015

Pada 4 April 2015,  TASKA PERMATA PKM 1 KEMAS LUMUT bertempat di Pusat Kegiatan Masyarakat KEMAS Lumut telah mengadakan Gotong Royong Perdana sempena  pertandingan 3K (Kecerian, Keselamatan, Kesihatan) anjuran KEMAS Negeri Perak tahun 2015.


 Aktiviti gotong royong ini melibatkan semua unit di PKM KEMAS Lumut. Majlis dimulakan pada pukul 8.00 pagi dengan senaman erobik yang dipimpin oleh kelab Noor NZ Aerobic. Kehadiran seramai 60 orang mewakili ibu bapa dan peserta semua unit.



Semua yang hadir telah dijamu dengan sarapan pagi yang disediakan di setiap kelas masing-masing. Aktiviti diteruskan dengan acara gotong royong oleh wakil ibu bapa di taska dan tabika serta peserta setiap unit di kelas masing-masing. 






 Kemuncak acara gotong royong adalah dengan simbolik menanam pokok Exora oleh pengerusi Jawatankuasa Aktiviti Kumpulan PKM iaitu En. Khalid Abdul Walid B. Othman disaksikan oleh penyelia pra sekolah Pn. Shamsiah Bt. Abdul Malik.





Gotong royong ini tamat sekitar jam 12.30 tengahari.


No comments:

Post a Comment