Sunday 28 February 2016

PERLANTIKAN JAWATANKUASA TABIKA KEMAS TAMAN CEMPAKA

28 Febuari 2016 - Mesyuarat Agung Tabika KEMAS Taman Cempaka telah berlangsung pada pukul 9.00 pagi pada hari ini.
Kehadiran seramai 15 orang, selain daripada ibu bapa, beberapa ahli jawatankuasa bagi tahun 2015 juga turut hadir bagi menjayakan mesyuarat pada kali ini.

Mesyuarat telah dirasmikan oleh Pn.Rohani bt Alias selaku Penyelia Perhubungan KEMAS Parlimen Lumut. Banyak info dan maklumat yang telah beliau sampaikan terutamanya berhubung perkara yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak seperti perlaksanaan kelas Penghayatan Pendidikan Islam yang telah bermula pada 1 Febuari yang lalu serta sedikit penerangan mengenai kelas Tabika Berprestasi Tinggi yang bertujuan memberi pendidikan kepada kanak-kanak sebagai persediaan kepada mereka untuk menempuhi dunia globalisasi yang semakin mencabar dan selari dengan pembangunan yang semakin pesat.

Lantikan Ahli jawatankuasa pada kali ini telah menampilkan ramai muka baru yang mana mereka merupakan ibubapa kanak - kanak Tabika KEMAS Taman Cempaka bagi tahun 2016. Jawatan bagi pengerusi pada tahun ini telah disandang oleh En. Abdul Wahab b. Marfuat yang menggantikan En.Harizar b.Harun yang telah memegang jawatan pengerusi selama 3 tahun.

Pengerusi yang baru dilantik sangat berharap semua Ahli jawatankuasa yang telah dilantik memberikan kerjasama dalam setiap aktiviti dan program yang telah dirancang kerana tanpa sokongan daripada ahli jawatankuasa dan ibubapa segala yang dirancang tidak akan dapat mencapai objektif yang disasarkan. Mesyuarat telah ditangguhkan pada jam 10.30 pagi.

No comments:

Post a Comment