Tuesday 1 March 2016

PERLANTIKAN JAWATANKUASA TABIKA KEMAS TAMAN MAS

27 Febuari 2016 - Mesyuarat Agung Tabika KEMAS Taman Mas telah berlangsung pada pukul 9.00 pagi.
Kehadiran seramai 15 orang, selain daripada ibu bapa, beberapa ahli jawatankuasa bagi tahun 2015 juga turut hadir bg menjayakan mesyuarat pada kali ini.

Mesyuarat telah dirasmikan oleh Pn.Rohani bt Alias selaku Penyelia Pembangunan Desa/ Perhubungan KEMAS Parlimen Lumut.

Banyak info dan maklumat yang telah beliau sampaikan terutamanya berhubung perkara yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak seperti perlaksanaan kelas Penghayatan Pendidikan Islam yang telah bermula pada 1 Februari yang lalu serta sedikit penerangan mengenai kelas Tabika Berprestasi Tinggi yang bertujuan memberi pendidikan kepada kanak-kanak sebagai persediaan kepada mereka untuk menempuhi dunia globalisasi yang semakin mencabar dan selari dengan pembangunan yang semakin pesat.
Lantikan Ahli jawatankuasa pada kali ini telah menampilkan ramai muka baru yang mana mereka merupakan ibubapa kanak - kanak Tabika KEMAS Taman Mas bagi tahun 2016.

Jawatan pengerusi pada tahun ini masih bertahan kekal oleh En Ismail b. Ramli.
Dalam ucapan beliau amat sangat berharap semua Ahli jawatankuasa yang telah dilantik dapat memberikan kerjasama dalam setiap aktiviti dan program yang telah dirancang kerana tanpa sokongan daripada ahli jawatankuasa dan ibubapa segala yang dirancang tidak akan dapat mencapai objektif yang disasarkan.

Mesyurat telah ditangguhkan pada jam 10.30 pagi.

No comments:

Post a Comment